AL-QABIDH
~ YANG MAHA MENYEMPIT
Saat ini ikhwah akhowat ku mari sama2 kita bertahmid… memuja memuji Allah yang padaNya sanya berhak IA mendapat pujian… ALHAMDULILLAH.
Allah itu AL-Qabidh.
“…dan Dia telah menciptakan segala sesuatu dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.” –Surah Furqan , ayat 2.
Al-Qabidh itu kata akarnya bermakna ‘sesuatu yang diambil’ dan ‘keadaan terhimpun pada sesuatu’. Daripada sinilah lahir perkataan yang memberi makna menahan, menggenggam, menghalang, kedekut dan menyempitkan.
AllahulQabidh, mempunyai hak bagi menahan atau menggenggam, menghalang dan menyempitkan rezeki seseorang apabila pada pandangan Allah hak itu memang patut dilakukannya. Selain itu, Allah juga berhak memendekkan umur, kuasa, nama baik dan sebagainya daripada hambaNya. Sudah tentu, tindakan itu hanya Allah yang tahu kerana semua hambaNya berada dalam pengawasan dan genggangamanNya…
Apa saja yang sudah terjadi adalah keputusan Allah…yang pada hakikatnya segala itu punya kebaikan buat manusia.
Dengan menyedari Allah itu berkuasa menyempitkan dan menangguhkan sesuatu bagi hambaNya, ia dapat mendorong kita supaya lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Seseorang perlu lebih berwaspada apabila dia diamanahkan dengan jawatan presiden, menteri, pengarah… ulama’, amir, amirah, ustaz, ustazah, imam, ketua persatuan atau program dan hal seumpamanya…
Hal ini disebabkan , apabila Allah melihat ada yang tidak kena pada tingkah laku hambaNya, Dia bisa mengambil tindakan dengan 2 tujuan: menghukum ataupun memberi peringatan…Allah…
Apabila Allah menghukum, bermakna apa yang Allah taklifkan pada hambaNya telah disalahgunakan sehingga tiada tolak ansur lagi, menyebabkan hukuman diberikan sebagai pengajaran dan iktibar. Dalam sejarah, kita lihat ramai sekali pemimpin menjadi zalim dan menyalahguna kekuasaan yang ada… disebabkan kekuasaan, mereka sewenangnya membunuh rakyat tiada dosa, hidup dipenuhi darah dan ketakutan. Allah menjatuhkan hukuman berat kepada mereka. Bahkan, mereka dianggap pelaku jenayah yang mencabul hak manusia oleh generasi berikutnya.
Contohnya, kita ambil Firaun di Mesir seperti yang diceritakan dengan jelas oleh Allah dalam alQuranul kareem. Contoh lain yang lebih dekat zamannya dengan kita ialah Adolf Hitler dari Jerman, Benito Musolini dan Joseph Stalin dari bekas Kesatuan Soviet. Mereka ini adalah pemimipin yang terpengaruh dengan teori evolusi Darwin.
Juga yang jelas dan perlu jelas pada umat islam, seorang pemimpin yang pernah menjatuhkan islam dengan kekuasaan yang ada dan kepimpinannya yang ‘gila’ adalah Kamal atTartuk la’natullah.
Ada tika Allah menyempitkan, kerana mahu memperbaiki tingkah hambaNya. Allah Maha Mengetahui bahwa yang dilakukan hambaNya itu adalah khilaf. Allah tidak serta merta menghukum hambaNya tanpa didahului dengan peringatan yang pelbagai bentuk. Sehinggakan bagi mereka yang faham, mereka segera sedar apa yang sedang mereka lalui adalah teguran yang halus daripada Allah.
“Sama sahaja bagi mereka sama ada kamu memberi peringatan kepada mereka ataupun kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.” [Yasin;10.]
Oleh itu, ikhwah akhowat, marilah kita sentiasa bermohon kepada Allah, sebagaiman dalam [surah as-Syuara’; 83];
“Rabbi habli hukman” (Tuhanku, berikan ku kefahaman), supaya kita dapat menangkap apa sahaja bentuk peringatan yang datang kepada kita.
Syeikh ahmad athailllah, menasihatkan kita, “Janganlah hairan apabila terjadi hal-hal sukar selama kamu berada di dunia ini. Sesungguhnya, dunia itu tidak dilahirkan melainkan sudah menjadi hak sifatnya dan ditetapkan sifatnya.”
Muslimin, muslimat yang dimuliakan Allah swt,
Mungkin ada yang tidak bersetuju kerana jika begitu untuk apa kita hidup kalau hanya mengalami masalah dan kesukaran? Di sinilah silapnya kita apabila berfikir. Belum ujian dating kita sudah hilang keyakinan bagi menhadapi ujian ini. Sepatutnya kita mengerah fikian, tenaga dan masa bagi mengahadapi ujian sehingga kita dapat melihat bagaiman hasil akhirnya.
Menurut Fethullah Gulen dari Turki; ujian adalah proses bagi menentukan nilai kita, untuk mengetahui apakah kita ini besi atau emas. Kita diuji dalam apa yang kita perjuangkan. Suatu har, kita akan masuk ke naugan Allah dan mempertanggungjawabkan diiri kira sendiri, “Dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka pada apa yang dahulu mereka lakukan.” [Yasin: 65]
SUmber Redha
“Ketika aku menemui kehidupan (duniawi), ku temui akhir kehidupan adalah kematian.” [as-Syahrastani]
Ya ALLAH, Ya Qabidh,
Akulah pencinta yang menderita, wahai Kekasih,
Ku tidak akan meninggalkanMu
Walaupun Kau belah dadaku dengan belati,
Ku takkan meninggalkanMu
Walaupun mereka memotongku seperti mereka memotong Zakaria
Letakkan gergajimu di kepalaku oh penebang
Ku takkan meninggalkanMu
Walaupun mereka membakar menjadi debu dan meniup debuku
Mereka akan mendengar debuku mengeluh;
Wahai penutup(dosa2)
Aku tidak akan meninggalkanMu…
[Nasimi]
~ bila rasa disakiti oleh orang lain, bacalah alQabidh sebanyak 100kali. Biiznillah, yakini ntum akan tehindar daripada ancaman mereka.
[khasiat asma’ul husna]
:: Ya Allah, Kau Maha Mengetahui setiap segala yang berlaku dunia akhirat, di langit dan bumi serta seisinya... lalu apa yang menyebabkan aku boleh berduka lagi dengan aturanMU.. iziniku lalui kehidupan ini dalam redhaMU ya Allah...
Kau mampu menghina dan memuliakan sesiapa yang Kau mahu..
Allah...