Thursday, January 21, 2010

Kelazatan Buat Yang Meyakini


“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya).”

(Surah al-Ahzab: 23)


Syurga itu lazat buat yang merindui

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Syurga
Adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Siapakah yang mulia
Dari mereka tidak lupa
Janji ALLAH adalah kepastian
Dan nikmat Syurga adalah indah...


Lagu ini tiba
Di saat kami menerima berita tentang pemergiaan yang tidak diduga. . .
Al-Fatihah buat mereka assyahid...


Pemergian dan Hadiah

Hampir dua minggu sudah pemergian Allahyarhamain
Assyahid Fadhiri dan Assyahid Faizol..
Bertemu telah mereka dengan Pencipta yang dirindui...

Masih ku ingat
Wajah mereka yang tenang sekali di pembaringan
Malah bagaimana mungkin ku lupa saat demi saat yang tercoret bersama mereka dalam menggerakkan kerja dakwah dan meninggikan Islam
Sungguh,
Keyakinan mereka amat dikagumi
Semangat mereka sangat tinggi
Tawakkal mereka sangat padu
Kata-kata mereka punya berkat dari Allah
Bahkan melihat susuk mereka terus mengingatkan kita kepada akhirat..
Mereka hamba yang meredhai Allah
Dan pasti Allah akan meredhai mereka...
Ya Allah, saksikanlah kerja buat mereka
Mereka telah beriman dengan MU
Mereka telah bersengkang mata untuk daulatkan Islam Mu
Mereka tidak mengira keringat dan lelah yang terhela dari kesukaran dan ujian tarbiyah dari Mu
Mereka yakin dengan janjiMu yang amat pasti
Mereka amat mencintaiMu
Bila mana mereka sangat pantang siapa yang mempermainkan namaMu
Mereka sangat berusaha untuk Islam jadi pakaian mereka dan sampai pada insan di sekeliling mereka
Mereka sangat mencintai ilmu, bahkan berkejaran untuk mendapatkannya, yang mana membawa keakraban lebih pada Mu
Mereka sangat sensetif dengan isu di sekeliling
Bahkan mereka sangat menjaga akhlaq Islam
Mereka disegani dan disayangi kawan dan lawan
Ya Allah..
Siapa tahu, itulah jalan bekalan mereka di sana...

Alhamdulillah, mereka pergi dalam keadaan yang baik
Mereka telah menunaikan janji-janji mereka
Dalam melaksanakan jual beli yang paling2 menguntungkan

Ya Allah, Maha Pengasihnya Engkau...
Kau telah menyelamatkan mereka dari bahaya dunia
Dan Kau buka pintu hikmahMU
Ini suatu ‘hadiah’ buat kami...

Sungguh ya Allah
Pemergian mereka amat perit bagi kami,
kerana mereka permata dalam saff kami
Namun, Kau tarik kedua-duanya dari kami sebagai hadiah pentarbiyahan
Kami amat merasakan bahawa kematian itu dekat
Dan tidak punya khabar berita..
Ia buat
Kami makin rindukanMU dan pertemuan denganMU,
Ingin bertemu Mu dalam keadaan terbaik..
Kami makin rindukan SyurgaMu,
Yang telah Kau janjikan dan bentangkan kelazatannya buat hamba-hambaMu yang beriman..
Kami juga makin dan makin rindukan gelaran syahid..
Sungguh, kami ingin seperti mereka!

Mereka pergi dalam usia muda
Setelahnya sekitar 23 dan 25 tahun menjadi hamba bertakhta khalifah
Berbahagialah…
Kalian telah menginfaq diri di jalan Allah
Kalian, tunggulah kami!

Bukankah
kita telah berjanji untuk bertemu dan berteman juga di SyugraNya…


Ayat Cinta Allah

"JANGANLAH KAMU MENGIRA BAHAWA ORANG-ORANG YANG GUGUR DI JLN ALLAH ITU MATI, BAHKAN MEREKA HIDUP DISISI TUHANNYA DENGAN MENDAPAT REZEKI, MEREKA DALAM KEADAAN GEMBIRA DISEBABKAN KURNIA ALLAH YANG DIBERIKAN-NYA KEPADA MEREKA DAN BERGIRANG HATI TERHADAP ORANG-ORANG YANG MASIH TINGGAL DI BELAKANG YANG BELUM MENYUSUL MEREKA, BAHAWA TIADA KEKHUATIRAN TERHADAP MEREKA DAN TIDAK PULA MEREKA BERSEDIH HATI. MEREKA BERGIRANG HATI DENGAN NIKMAT DAN KURNIA YG BESAR DARI ALLAH DAN BAHAWA ALLAH TIDAK MENYIA-NYIAKAN PAHALA ORG2 BERIMAN"
(SURAH ALI-IMRAN :169-171)


Beberapa kiriman mesej ku terima
mengkhabarkan berita yang buat aku menangis tersedu
gembira, cemburu, bercampur antara keyakinan bahawa JANJI-JANJI ALLAH itu TERAMAT-AMAT PASTI SEKALI!
aku bersyukur,
assyahid dikhabarkan bahagia di sana

“Mak sedara k.long jumpa arwah, dia peluk arwah. Mak sedara k.long tanya, tak nak balik ke? Arwah kata tak nak, nak duduk sini, kat sini cantik sangat...”

“Arwah bagitahu, dia nak jumpa Pencipta, duduk di sana seronok, ajak semua sahabat datang sini deh, ana tunggu...”

Kata UMMI;
“mereka saksi kita di sana...”

Assyahid Fadhiri mempunyai blog www.fadhiri.com
Darinya banyak sekali input dan ilmu
Ya Allah, Itu antara bekalan arwah yang terus mengalir

Ku masih jua ingat ‘tazkirah berbisa’ assyahid Faizol
Yang telah menyuntik kejelasan aqidah
Dia membacakan satu ayat dari surah al-ikhlas, ayat 2
“Allahussomad.”
Katanya, jadikanlah hanya Allah tempat kita bergantung dan menyerah diri.. Ringkas Cuma, tapi itulah buah yang paling ranum.
Allah...

Assyahid, yang sedang bahagia,
Ketahuilah kami sahabat-sahabat sangat mencemburui kalian..
Kalian mendahului kami,
Tunggulah kami di sana..

Ampuni mereka ya Allah, tempatkan mereka di kalangan hamba-hambaMU yang soleh, dan para syuhada’!
AL-Fatihah buat assyahid Fadhiri dan assyahid Faizol!


Cita-citaku

Nabi SAW bersabda, "Jika seorang wanita telah menunaikan solat lima waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya, 'Masuk lah ke syurga dari pintu mana saja yang kau suka'

Suatu hari, aku terima satu hadith,
ia riwayat dari imam Muslim ra:
“Apabila mati manusia, terputuslah daripadanya segala amalan, kecuali tiga perkara, iaitu sedeqah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuk kedua ibu bapanya.”

Aku bercita-cita untuk mendapat tempat istirehat terbaik di alam yang abadi
Aku bercita-cita mendapat ketiga-tiganya perkara.. insyaAllah dua perkara pertama sedang ku usahakan, tapi yang ketiga...
sebab itu,
antara sebabnya aku juga berhajat kepada perkahwinan
moga darinya Allah kurniakanku zuriat yang soleh solehah, yang mendoakan abu dan ummu mereka..
agarnya, aku mendapat ketiga-tiga perkara yang dijanjikan oleh Rasulullah saw..

Aku ingin kembali kepadaNya dalam keadaan terbaik..
Jika Allah izinkan,
Aku ingin kembali kepadaNya dalam takhta syahidah
umpama cita-cita tertinggi aku dan sahabat-sahabiyahku
Jika jua masih diberi pilihan, dan aku juga menginginkan dan mendoakan aku kembali kepadaNya dalam keadaan menjadi seorang isteri yang diredhai suami, bahkan mempunyai anak yang soleh solehah, yang sentiasa mendoakan...
Sebagai merebut janji Nabi Allah, Muhammad saw..
Jika itu terbaik untukku.. wahai Tuhanku
Yang Maha Mendengar
Yang Maha Melihat
Yang Maha Mengetahui!


Monday, January 18, 2010

Syurga adalah kelazatan~

Bismillah..
Dengan namaNya ALLAH Yang Maha Mulia aku mulakan..
Sekejap cuma, sebelum masuk 'keja'..
terasa ingin mengpostkan suatu

Entry mengenai arwah masih dalam pembikinan..insyaALLAH akan dipostkan

YA ALLAH, mudahkan urusanku
kedua ibu bapaku, sanak saudara,
sahabat muslimin muslimatku dn mujahid mujahidah
yang telah mewakafkan diri harta untuk MU!

Syurga adalah kelazatan~

Friday, January 15, 2010

Tinggallah al Fana Tuju al Baqa' (i)

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti
Malu bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri
Aduhai Muslimatku sayang~