Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan bulan bertuah

Bulan ramadhan bulan bertuah

Bulan ibadah, bulan mujahadah

Bulan rahmat, bulan maghfirah

Bulan al-quran dan lailatulqadar

**

Besarkan Ramadhan dengan puasa

Di waktu malamnya tambahkan ibadah

Bacalah al-quran, banyakkanlah sedekah

Terawih kerjakanlah walaupun sunat

**

Pelihara mata, jagalah telinga

Kawallah lidah dari yang sia-sia

Fikirkanlah yang mendatangkan faedah

Hubungkan hatimu dengan Allah

**

Zikir, selawat, doa panjatkan

Pahala Ramadhan diganda-gandakan

Jangan lupakan, janganlah leka

Ramadhan tiba setahun sekali

**

Bulan ramdahan bayarlah fitrah

Untuk membersihkan hati dan diri

Sebagai bantuan kepada yang susah

Agar mereka gembira di hari raya

Allahu Ya Allah…

Kepada Mu kami beriman

Kerana Mu kami berpuasa

Di bulan ini, bulan yang mulia

Kami mohon rahmat Mu ya Allah

Keampunan Mu, wahai Tuhan

**

Banyakkan i’tikaf di sepuluh hari terakhir

Lailatulqadar berlaku di malam itu

Kita kan mendapat pahala yang besar

Seperti beribadah lebih baik dari seribu bulan