Thursday, July 10, 2008

suria_senja1

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurusdengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikansemua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula
7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

***

SEDIA @ BELUM? jika udah tibe waktunya ada lah ia.

=)

wassalam'alaikum. sLm iDuLfitRi.


Thursday, July 3, 2008

pabila CINTA bertasbih

segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan yang Esa, Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir sekalian alam..
salawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda nabi saw..
alhamdulillah dengan izinNya dapat post ini di'post'kan, moga2 ia terpelihara dari kesalahan kerna post ini bakal dibaca dan ditatap sesiapa saja
jika ada kesilapan dalam pembacaan kalian, permintaan dari ana yang kerdil agar ada yang membetulkannya, memberitahu dalam keadaan yang baik agar aib2nya terjaga..moga Allah lapangkan dadaku dengan apa yang ku trima kerna dasarnya ku ingin 'dididik' maka sudilah kiranya yang hadir mendidik diriku moga lebih akrab hubungan ku dengan Allah,,
segala dikembalikan kepada Allah, sungguh yang baik lagi cantik itu datangnya dari Allah,
perkenankan ya Rabb, agar Kau lindungi diri kami, agar Kau perteguhkan iman kami saatnya Kau uji iman2 orang disekeliling kami...wahai Dzat yang Maha Agung, tautkan kami dengan indahnya cintaMU, indahnya bersama ayat-ayat cintaMU bahkan betapa kami bahgia PABILA CINTA kami BERTASBIH!!!