Tuesday, February 28, 2012

Jemari Kaku Kembali Menari

Bismillah walhamdulillah
Sudah lama tak sign in blog ini. Pernah berfikir untuk tutup terus!

Mencari kembali keghairahan menulis melalui maya, sukar sekali.
Semangat, masa dan idea.
Ada waktunya, semangat bergelora, idea pula tumpul, tak terasah.
Masa tak pernah mencemburui!

Akhirnya, hari ini tiba jua... Segalanya bergabung dalam satu.
TAPI, entah sampai bila... dan bila noktahnya.

Entry terakhir, November 2010!
Rupanya, lebih setahun blog ini tak terusik... cepatnya masa berlalu???

Diam ubi berisi...
Hidup diri ini tak pernah sunyi dari warna warni pelangi yang tujuh itu
Semua bererti dan memberi makna

Nikmat-nikmat terus digapai
Ujian-ujian terus diharungi
Lemah atau kuat itulah yang bisa dipersoal

Inilah diriku...

Alhamdulillah
Aku telah memasuki alam realiti seorang pendidik
pendidik bersama sistem yang 'kucar'
Aku telah menjejaki alam Bait Muslim/ Bait Da'wah
melengkapi agamaku...

Lagi dan lagi...
Ya ALLAH pelihara IMAN kami!!!

Monday, September 27, 2010

Sayangi dia, adikku..

Bismillah walhamdulillah...

Hari ini aku masih diberi nikmat degupan jantung yang sempurna..
oksigen masuk, karbon dioksida keluar dengan sebaiknya
aku punya tenaga dari proses respirasi yang tanpa henti
ya, hanya dengan kehendakMU..

Aku masih jua berdiri di sini..
Mendepani wajah yang minta dicorakkan mindanya
Ya, aku di sini..
Tanpa pengetahuan yang tidak tahu..
Bertemankan doa mereka yang mengetahui..
***
Biarlah ia rahsia yang tersimpan..
Walau satu hari kan terurai simpulnya,
aku redha dengan kehendakMU...
*****

Seketika ku pandang wajah mereka,
yang bakal ku tinggalkan..
yang entah bila lagi pasti bertemu...
tanpa tahu, aku doakan...
doa yang sangat ku harapkan
agar ALLAH arRahman, arRahim
mengasihi mereka dengan menunjukkan jalanNYA yang lurus
mengirimi hidayah untuk mereka sujud hanya kepada DIA yang hak..
bersama hidayahMu ya Rabbal'alamin..
***
buat mereka yang ku telah anggapi adik-adikku sendiri...
Lily, Dec, Asti, ShuYi, Ayun, ZamAderie, Hazizul, BahOli, Awanizam, Rong, Aren, WengKew...
kakakmu mohon maaf atas segalanya, ku halalkan ilmu...
ku kan ingatimu...moga ini bukan perpisahan yang lama..
ku ingin bertemu adik2ku lagi di akhirat sana..
izinkan ya ALLAH, di SyurgaMu...
moga adik-adikku kan berjaya di sini bahkan lagi di akhirat sana..
** * **

Ya ALLAH, aku sayangi mereka kernaMU
aku ingin mereka mengimani ENGKAU Tuhan Yang Esa
tiada yang selainnya...
sayangilah mereka; adik-adikku ini...

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan bulan bertuah

Bulan ramadhan bulan bertuah

Bulan ibadah, bulan mujahadah

Bulan rahmat, bulan maghfirah

Bulan al-quran dan lailatulqadar

**

Besarkan Ramadhan dengan puasa

Di waktu malamnya tambahkan ibadah

Bacalah al-quran, banyakkanlah sedekah

Terawih kerjakanlah walaupun sunat

**

Pelihara mata, jagalah telinga

Kawallah lidah dari yang sia-sia

Fikirkanlah yang mendatangkan faedah

Hubungkan hatimu dengan Allah

**

Zikir, selawat, doa panjatkan

Pahala Ramadhan diganda-gandakan

Jangan lupakan, janganlah leka

Ramadhan tiba setahun sekali

**

Bulan ramdahan bayarlah fitrah

Untuk membersihkan hati dan diri

Sebagai bantuan kepada yang susah

Agar mereka gembira di hari raya

Allahu Ya Allah…

Kepada Mu kami beriman

Kerana Mu kami berpuasa

Di bulan ini, bulan yang mulia

Kami mohon rahmat Mu ya Allah

Keampunan Mu, wahai Tuhan

**

Banyakkan i’tikaf di sepuluh hari terakhir

Lailatulqadar berlaku di malam itu

Kita kan mendapat pahala yang besar

Seperti beribadah lebih baik dari seribu bulan


Monday, May 31, 2010

ALLAHUMMA ANTA QAWWIY!

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ummat Islam dan para pemimpinnya untuk menghadapi yahudi Israel Zionis yang semakin kejam. Semoga segera tiba saat yang dijanjikan nabi saw :

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود حتى يختبئ اليهود من وراء الحجر و الشجر فيقول الحجر و الشجر ؛ يا مسلم هذا يهودي خلفي تعالى فاقتله إلا الغرقد فإن من شجر اليهود

Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang - orang Islam memerangi Yahudi sehingga Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan pokok kayu , lalu berkatalah batu dan pokok kayu : Wahai Muslim ! ini Yahudi bersembunyi dibelakangku , datanglah lalu bunuhlah ia , kecuali qharqad . Sesungguhnya qharqad adalah pokok Yahudi.


DOA QUNUT NAZILAH

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

Saturday, May 29, 2010

Dedicate hapiness

Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia

Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih
Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu


Tiba-tiba je masuk lagu ni..Pe makna..
siapa tahu maksud lagu ni, boleh cerita sikit..

Dalam masa dan ruang yan terbatas ni, ingin sangat ambil peluang
sob..sob..sedih la pule...
Khususon ila: K.Asyikim,
Andak, K. Syuhadah, Ateh, K.Dhie dan K.Erra...
Lagu ni buat akhowatku skalian
yang tak lama lagi kan masuk alam baru..
Moga berkat Allah bersama perhimpunan kalian..
selamat buat persiapan
yang zahirnya dengan majlis, kenduri, hantaran..
yang batinnya ilmu dan KEBERKATAN.


p/s:
k.erra, dh nak abis dh zaman 'rempit' kita..opss..tp pahni leh lagi ke?
andak, wait me ye..i will be there, sharing your happy day, my dear..
k.syikim, ateh, k.adah and k.dhie, sory sangat2 xdapat hadir walimah... but i will always pray for your hapiness life forever and ever untill Jannah!
ameen ya Rabbal'alamin...

Wednesday, April 28, 2010

Berada di Jalan Allah

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semoga semua visitor mendapat hidayah dan taufiq ALLAH selalu.
Terus-terusan diberi kekuatan menggerakkan Islam,
menjulangnya di mana-mana...

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari ra katanya:
Sesungguhnya seorang lelaki Badwi (Arab desa) datang kepada Nabi saw dan bertanya:
“Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kehebatannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?”

Rasulullah saw menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.”
(Riwayat Muslim)


***

Hari ini hari Rabu. Jika kita, biasa-biasanya, tidak biasa menjadikan Rabu sebagai ketua hari-hari dalam seminggu. Mungkin kerana duduknya hari Rabu ni di tengah-tengah hari bekerja atau hari sekolah.

Sayyidul Ayyam... penghulu segala hari adalah hari Jumaat.

Jumaat yang lepas telah pun berlalu, akan datang lagi Jumaat yang akan datang...
lalu bagaimana sudah terisi hari-hari antara Jumaat yang lepas hingga ketemu lagi hari Jumaat yang bakal tiba beberapa hari lagi?

Bagaimana corak amalan yang bertemu Allah?

Sekadar 'cukup-cukup makan'..
Hafalan atau bacaan...iBADAH Wajib dan yang sunat...

Aku jadi malu sendiri.
Walau manusia lain tiada tahu, tapi aku malu pada Allah yang Maha Melihat aku...
Malaikat yang sentiasa mencatat kerja buat aku..

'Ya ALLAH, kurnia aku cintaMU
yang boleh memadam api cinta aku lebih pada manusia..'
'Ya ALLAH, bagi aku rasa rindu pada MU
yang boleh mengasyikkan aku pada pengabdian
yang menghampirkan aku denganMU..'


'Ya ALLAH, hamba ingin menjadi antara yang berada di jalanMU
jalan bagi mereka yang mencintai untuk menegakkan kalimahMU,
pilihlah hamba dan orang di sekeliling hamba dalam golongan hamba-hambaMU yang berada di jalanMU, kini dan selamanya...'



Monday, April 26, 2010

Innalhamdalillahi nahmaduhu

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya]


ALHAMDULILLAH...masih kita yang statusnya hamba, diberikan nikmat iman dan islam serta nikmat umur dan kefahaman sehingga ketika ini kita masih diberi kesempatan untuk tetap melangsungkan ibadah khusus dan umum, berbuat sesuatu untuk bekal kita di akhirat nanti.
Moga kita sentiasa mendapat hidayah dan taufiqNya. InsyaAllah.

* * *

Bismillah, saya memetik satu keterangan dari kitab
karangan Ibnul Jauzi, Ahkamun Nisa' (m/s 82): bahawa Rasulullah saw pernah menyebut,

"Sungguh ALLAH telah menetapkan rasa cemburu kepada wanita dan mewajibkan berjihad kepada lelaki. Barangsiapa wanita yang sabar (menahan diri dari rasa cemburu) dengan semata-mata mencari pahala di sisi ALLAH, maka dia akan memperoleh pahala, sama dengan pahala orang yang mati syahid."

'Ya ALLAH, padaMU tempat kami menyembah dan memohon pertolongan.. maka bantulah kami di tempat yang kami tak upaya menghadapinya. Sungguhnya, KAU Maha Mengetahui segala yang nyata mahupun sembunyi.'
...