Wednesday, April 28, 2010

Berada di Jalan Allah

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semoga semua visitor mendapat hidayah dan taufiq ALLAH selalu.
Terus-terusan diberi kekuatan menggerakkan Islam,
menjulangnya di mana-mana...

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari ra katanya:
Sesungguhnya seorang lelaki Badwi (Arab desa) datang kepada Nabi saw dan bertanya:
“Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kehebatannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?”

Rasulullah saw menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.”
(Riwayat Muslim)


***

Hari ini hari Rabu. Jika kita, biasa-biasanya, tidak biasa menjadikan Rabu sebagai ketua hari-hari dalam seminggu. Mungkin kerana duduknya hari Rabu ni di tengah-tengah hari bekerja atau hari sekolah.

Sayyidul Ayyam... penghulu segala hari adalah hari Jumaat.

Jumaat yang lepas telah pun berlalu, akan datang lagi Jumaat yang akan datang...
lalu bagaimana sudah terisi hari-hari antara Jumaat yang lepas hingga ketemu lagi hari Jumaat yang bakal tiba beberapa hari lagi?

Bagaimana corak amalan yang bertemu Allah?

Sekadar 'cukup-cukup makan'..
Hafalan atau bacaan...iBADAH Wajib dan yang sunat...

Aku jadi malu sendiri.
Walau manusia lain tiada tahu, tapi aku malu pada Allah yang Maha Melihat aku...
Malaikat yang sentiasa mencatat kerja buat aku..

'Ya ALLAH, kurnia aku cintaMU
yang boleh memadam api cinta aku lebih pada manusia..'
'Ya ALLAH, bagi aku rasa rindu pada MU
yang boleh mengasyikkan aku pada pengabdian
yang menghampirkan aku denganMU..'


'Ya ALLAH, hamba ingin menjadi antara yang berada di jalanMU
jalan bagi mereka yang mencintai untuk menegakkan kalimahMU,
pilihlah hamba dan orang di sekeliling hamba dalam golongan hamba-hambaMU yang berada di jalanMU, kini dan selamanya...'



No comments: