Thursday, September 25, 2008

di akhir-akhir ramadhan

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
WA LILLAHILHAMD!

semalam, khamis dah berlalu datangnya pula hari ini jumaat menggantikan, 26 Ramadhan 1429H...
Berapa ramai umat islam saat ini telah menyiap siagakan diri untuk persiapan raya...lebaran dtang sekali setahun j...
ya ALLAH, orang2 'alim ulama' menangis saat akhirnya ramadhan.....bisakah lagi ketemu bulan barakah ni? ya ALLAH serase cepat benar masa berlalu....hr ini menggantikn esok, yang esok akan berakhir jua dgn lusa mengambil alih...bagaimna hati kami yg kotor ini...
kekadang sedih memikirkan pengakhiran ramdhan bagai perginya menggigit2 ulu hati..kekadang pilu kenangkan saatnya ramdhan ini kurang amal yg menghiasi kehadiranny..oh kdangnya bila dgr lagu ry hatiku sendiri turut serta berlagu2.....
hakikatnya ramdhan ini kan tetap berakhir......................................


ALHAMDULILLAH, pengisian di ramadhan. semalam dapat mengisi ruang malam ramadhan dgn sirah rasulullah saw dan sahabat baginda. ada sahabat yang sudi bercerita & berkongsi mengenai ghazwatul badar wa uhud. syukran jazilan. masing-masing top up mana2 bahagian yang tahu. moga mendapat sesuatu dari perkongsian ini dan kita gunakan untuk kerja harian. insyaALLAH.
ingin ana memesan pada diri sendiri dan sahabat sekalian, jangan biarkan rohani kita kering dengan IMAN, ILMU, UKHUWAH.
ISILAH ia seindahnya dengan tazkiratunnafs. dan sebab itu kita juga digalakkan sentiasa bersama orang-orang soleh dan 'alim. apabila mendengar darinya, kita mengingati ALLAH. apabila memandang kepadanya, kita takutkan ALLAH. rebutlah peluang dan ruang di mana kita boleh berjumpa dengan orang-orang soleh dan 'alim ini. dengan menghadiri kuliah batin kita mendapat makanan dan kita hidup. inilah bahagia...
biarkan selalu hati kitabasah dengan kecintaan dan kerinduan padaNYA...
khusyukkan solat, jagalah hati.
umpama lagu OPik ,
ubat hati itu ada lima-
1.baca alquran dan maknanya.
2.mendirikan solat malam.
3.zikir malam berpanjangan.
4.berkumpul dengan orang soleh.
5.berpuasa.
ya ALLAH, golongkan kami dalam golongan yang mendirikan solat dan golongan hamba-hambaMU yang bertaqwa. selamatkan kami di dunia dan akhiratMU.
ku bertaubat padaMU , ya ALLAH...

Wednesday, September 17, 2008

ma fi qalbi, ghairullah.

salam di pertengahan Ramadhan...
ya ALLAH, fasa keampunanMU tiba kini...
ku ingin benar mencintai RamadhanMU sedalamnya hingga malamku tak sunyi dek tangisan...mogakan ini medan tarbiyyah, mogakan ini paksinya dan ku istiqamah di bulan2 seterusnya.

suka sekali ku buka blog ust. dzulkhairi...bila dapat je internet terus taip blog ust.dzul di adDress..serasa mindaku terbuka..kadang ketawa sendiri dengan ayat2 nya...tapi insyaALLAH ada mesej disebaliknya.
ALHAMDULILLAH
banyak kali ana berpesanan, pada sahabat-sahabat dan adik-adik untuk membuka dan selami blog ust. dzul..ia bukan copy paste, bahkan bukan diciplak dari mana2
tapi itulah ayat orang yang 'alim. betul, tiada dalam buku, cuma di blognya saja
subhanallah..alhamdulillah..
ALLAH, Kau telah anugerahkan ilmu buatnya. sehingga kami tidak kembalikan pujian kami pada yang lain kecuali hanya dikembalikannya padaMU cuma...
mari kawan2 , kita buka blog ust.dzul...kan antum dapat sesuatu yang amat bernilai...
nilaiannya di hati antum sendiri...kemudian sebarkan pada kawan2 yg lain.....insyaAllah sama kita ambil manfaat...

jadual di universitiku kadangkala padat sekali...kadang masih gagal lagi nk tentukan keutamaan. mementingkan apa yang lebih penting adalah suatu yang amat penting dan itulah yang terpenting ;)

ilmu,,,
ya ALLAH aku ingin jadi pencinta ilmu MU...ilmu MU luas ya ALLAH..
aku yang kena ubah gaya hidup...
mantapkan ilmu. setiap kali kluar rumah akan ku pastikan ada buku yg aku bawa..
hari selasa aku tetapkan untuk ke library...cari bahan, bawa laptop..taip assigmen, baca? tu belum masuk jadual...banyak nk kena study...microb...bioD...ya ALLAH mudahkan jalanku dan urusan ini


ukhuwah...
dah jarang aku ziarah kawan-kawan sekarang. mereka yang selalu datang menziarahi rumahku. mana pengorbanan masamu untuk mereka???
ya ALLAH, lembutkan hatiku takkala bersua kawan-kawanku
buat ukhti sebilik dengan ana..dah lama kita tak cakap2 kan...kesian nti, sll sibuk ya.. ana pula sll buat2 sibuk..perkara2 yang kita jnjikan masih tak dapat konsisten..ana mohon maaf nti...banyak buat nti kesot ngan ana kan? maafkan ana.....

sayap kiri ...
sayap yang membantu untuk penerbangan lebih sempurna...hm kalu tak ada sayap kiri memang tak leh terbang dah...kalu kanan tak ada? lagi2 lah...hmm bukan ke dua2 penting?
kanan dan kiri dua-dua penting. moga diriku sendiri mampu menjadi sayap kiri yang menenangkan dan mendokong penerbangan...
ya ALLAH, ku ingin cinta MU di tiap nafasku...jika ada cinta insan lain, moga itu kurniaan yang dapat membawa ku lebih akrab denganMU,,, izinkan ya Rabbi.
MA FI QALBI GHAIRULLAH..
ALLAHughoyati!


cincin dan kahwin
buat akhowat yang dah ALLAH temukan pasangan dan tak lama lagi akan masuki alam perkawhinan, moga dimudahkan jalan akhowat..ingat ya, selalu tambah ilmu..jadikan perkahwinan medan membaja redha ALLAH, AL-BAITUDDA'WAH!



"takkan hina jika meriba Islam. aku hina jika membuang Islam dari diriku, kerna Islam aku bermartabat. kerna Islam hidupku bagai berlian yang munawwar, kerna Islam aku jadi qana'ah, kerna Islam aku rasa dikasihi dan ingin mengasihi, kerna Islam aku masih mampu berdiri kerna padanya telah ALLAH janjikan 'kamu mulia jika kamu beriman'."


wallahu'alam.
-komander zinnera-

Friday, August 29, 2008

abang ja dan kak aya

a.ja & k.aya selepas akad nikah
-kat depan umah k.aya-
moga rahmat ALLAH bersama rumah tangga a.ja dan k.aya.

Wednesday, August 27, 2008

pengalaman pertama

alhamdulillah syukur kepada Allah swt dengan jalan kemudahan dalam urusan harian ini

moga segalanya dalam hitungan ibadah oleh Allah swt.. 16hb ogos baru ni aja selamat diijab kabulkan dengan k.aya di masjid kg. felda chalok barat, setiu, terengganu..alhamdulillah.itu ucpan daripada bonda yang sedari awal kelihatan amat cemas, dengan duduk tak kena, peluh menitik tap..tap...ramai sanak saudara dan jiran yang turut mengikuti rombongan..11 kereta..hmm banyak juganya..

kak aya lengkap dengan baju pengantin krim seperti aja..ana menyalami kak aya dan menyambut kedatangannya ke dalam keluarga kami sebagai ahli baru, "selamat datang ke keluarga kami, kak." kak aya ketawa...

selepas akad nikah, kami terus ke rumah kak aya untuk menjamu..hmm perut memang dah lapar, tak sabar nak merasa nasi dan gulai kawah ni...sampai2 ada persembahan silat gayung..lama la juga..perut bertahan lagi...lepas tu baru makan, ni best juga sebab dapat makan same pengantin, hehe...lauk pengantin g2..alhamdulillah, terisi perut yang berkeroncang...

23hb tiba saat kenduri d rumah..saatnya berlaku smooth dan lancar, cuma kadang2 ada juga perkara buat on d sport...banyak la, ibarat kata bonda, "pengalaman pertama buat kenduri besar"...pagi tu juga kelam kabut skit dengan bunga mangga baru nak gantung..kalau tahu di abah memang kena marah doh ni...ishk, cepat2 aja g gantung, entah gimana caranya..?

kul 11.30 k.aya samapi dengan rombongan keluarganya..pahtu bermulalah tugas ana mengiringi kak aya walau d mn dia berada...hmm, mcm pengapit...dan ramailah tetamu jemputan memenuhi rumah utk lihat menantu...

malam tu, cakap2 ngan kak aya, orang nya memang ramah, slumber..dah sekejp ja dah rasa cam kawan lame...seronok cakap ngan dia..kerja nurse di dewan bedah..hosp di johor..umur 25tahun..hee

aja dan k.aya moga bahagia hingga selamanya...dunia lebih2 lagi akhirat sana..utamakan Allah dalam tiap kerja, Allah pastikan ada dalam tiap langkah kalian...

p/s: ma abah dah tak sabar nak timang cucu...mi dan adikla juga nak anak buah niii...

Monday, August 11, 2008

perjuangan itu gerun dan menggerikan
hebat dan dasyat menggerunkan hati
bagi mukmin di sini harga dan nilainya
bagi mukmin di sini harga dan nilainya
perjuangan itu bagai sampan di laut
di atas lapang tiada perlindungan
di bawah air melambung dan menggunung
menongkah gelombang yang datang melanda
kiri kanan depan dan belakang
angin yang menderu tidak tahu bila datang
hujan badai yang datang menyerang
bak singa lapar yang garang
kadang-kadang terdampar di batu karang
penumpang menerima nasib berlainan
ada yang jatuh ada yang tenggelam
yang pandai berenang berpaut ke sampan
ada yang berjaya berenang ke tepian
sekali lagi ia melayar sampan
walau pelayaran mungkin tidak berjaya
namun harapnya hanya pada Yang Esa!

-perjuangan-

dalam medan perjuangan, kita tak pernah sendirian... ada sahabat yang punya matlamat sama.. lalu sama menongkah dan melangkah moga2 impian RedhaNya Nya Allah sma dikecapi.....

namun kenapa kadang tak meraikan kepelbagaian sahabat?
apakah suma perlu akan watak yang sama? sedangkan zaman Rasulullah saw adanya sahabat umpama abu bakar yang digelar siddiq, ada juga umar alkhatab, uthman, ali, hamzah, zaid, khalid alwalid, hanzalah,.....masing2 dengan peranan mereka...

ya sahabat, jika antum tak yakin dengan sahabat sndri sapa lagi yang akan bela sahabat antum! begitulah hakikat kadang2 manusia yang melihat dirinya lebih daripada yang lain~ sedihnya..
rasa diri hebat, kononnya akulah sorang yang blh cakap dgn hebat dpn orang,kononnya akulah yang punya smnagt berjuang yang tgi...tiada tandingan dan xbleh ditandingi yang lain...sgalanya milikNya Allah, bangunlah! jgn mimpi di siang hari!!!

bukalah pintu hati kami ya Allah...lembutkan lah hati kami dengan sahabat2 kami...
berjuanglah kerna Nya cuma...bukan kerna nak manusia yang kadang tak berperikemanusiaan...
Nahnu Ansorullah!!!

ya Rabbi, layakkah aku bergelar perjuangMu??
layakkah aku di tampuk ini?
aku yakini ayatMU ya Allah, bahwa Kau takkan menanggungi hambaMU suatu yang tak mampu bagi kami...


..setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa padaMu ALLAH
tempat kembali segala masalah...
oh TUHAN YANG MAHA PENYAYANG
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan...
kurniakan kepadaku ketabahan
singkapkan ku hikmat segala ketentuan
moga sinarMu berikanku pedoman
hanya padaMu segala ketetapan...
seandainya diri ini
mampu meraih cinta dan keredhaanMu
seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku...


-komander zinnera-

newest Post!

assalamualaikum wbt...

salam buat yang sudi mengunjungi..
blog dh ada..cuma tngu post sj...erm bla agaknya nk bergiat nulis dlm post ye..
ana bukanlah org yang giat sgt ngan post mlainkan mbaca post org lain..huu
bla duk baca post org lain rs mbuak2 pulak nk nulis dlm blog sndiri...sudahnya ni barulah post kedua untuk blog gue...

erm, pagi tadi ummi tepon..ya Allah wl selang sari cakap ngan ummi, kerinduan pd ummi tetap mendalam...ummi, anakmu nk balikkkk! ummi masih tetap ngan suara yang merdu itu..;)
ummi tny ada x kawan mi nak balik ms kenduri aja? mi kata mgkin ada... ummi kata ajaklah. ummi dapat guna umah en.zahari yg dh kosong. blh la tumpang tdo kat ctu.. gembira ummi mengajak...insyaAllah ummi..mi ajak kawan mi ;)

utk adik, dh lama xckp ngan adik...adik cht ka? mcmna trial? maap dik k.mi xsempat nk tanya adik, tapi k.mi sll doakan adik tau...mg adik dpat buat yng terbaik...adik mampu! adik mampu buat lebih baik daripada k.mi! i trust u my luvly sister!
rindu nk jmpa adik...

utk aja, mcmn persediaan aja? beberapa hari ja lg aja kan masuk ke alam perkahwinan...alam yang for sure lain dr alam kehidupan aja sblum ni...banyak tanggungjawab aja lps ni... tapi ingatan mi pada aja mg aja dapat didik family aja nanti seindahnya...aja kena cari ilmu untuk didik isteri aja... aja perlu tau dosa isteri juga dlm tanggungan aja jika aja x tegur kesalahan isteri... nah jangan ingat kawin ni perkara mudah ye!
p/s:apa ye hadiah mi nak bagi kat bakal kakak ipar... i hajat nk beli buku..tapi buku apa...hmm masih dlm hitungan... kak aya, selamat datang ke bait kami... moga kehadiran akak menceriakan lg keluarga kami... bahagiakanlah aja kami dunia dan akhirat.. binalah rumahtangga kerana ingin kerdhaanNya.. apa2 kak aya nak tahu jgn segan2 tanya lah mi.. mg nnti kita jumpa ya...

mi kan balik ummi, abi, adik, aja...tnggu mi ya....
huu...sedihnya tiket blum bli...
bukan slh sapa...diri semdiri juga
dulu ada org jual tiket dpan mata ,tapi buat tak layan...
kononnya xtahu nak balik bla, kot2 ada keja lain
sedangkan perancangan dri xbuat...
amik pengajaran ya izyan!!!

"ya Allah izinkan abg ja dan kak aya melayari bahtera perkawinan dlm redhaMU..."

-zinnera-

Thursday, July 10, 2008

suria_senja1

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurusdengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikansemua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula
7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

***

SEDIA @ BELUM? jika udah tibe waktunya ada lah ia.

=)

wassalam'alaikum. sLm iDuLfitRi.