Tuesday, April 28, 2009

CoRetAn Al-Bayt [ i ]

impian semua, insyaALLAH (",)
buat sahabat2 yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi
diucapkan selamat membuat persiapan dan
persediaan diri dalam menjalani tugas2 yang bakal digalas
(berat bunyinya. bahumu kan rebeh mungkin,
tapi tenanglah Syurga indah ALLAH menanti kerna pengabdian dan pengorbananmu =) )
dan menjadi 'qurratun 'ain' buat suami
melahirkan bakal mujahid/h Islam yang soleh dan solehah..
berbahagialah kerna telah membina bait muslim
nanti kita kan bergabung bina 'masyarakat muslim' =)
juga yang akan mengikatkan pertunangan, moga teruskan mujahadah
dan dipermudahkan urusan ke akadnya nanti
~istiqamahkanku di jalanmu ya ALLAH. kukuhkan keyakinanku akan keesaanMU. ku ingin meletakkan cinta MU dan RasulMU di atas, hingga jika ku mencintai yang lain adalah kerana MU cuma. ya ALLAH, redhailah aku, kedua ibu bapaku dan mereka yang di sekelilingku.
Jangan ya ALLAH nikmat2 MU ini sebagai istidraj untukku...

Wednesday, April 15, 2009

suatu yang punya tanda-tanda

assalamualaikum
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
wa lillahilhamd
mati hati...
hati yang mati..
ukhuwah yang rektorik?
semangat yang membakar
akhirnya terbakar sendiri..
memujuk hati..
pujukan iman
lembutlah wahai jiwa ku
jangan menderita
dideritai kudis jahil
dan kulat dengki yang membusuk
oh tahukan jiwa yang mati?
iman tak terpatri
.....layarlah terus berlayar
jangan tika siren berbunyi
kau masih terkapai-kapai
ya ALLAH
ya MUHAIMIN
ya LATIFF
teguhkan iman kami
kuatkanlah keyakinan kami akan keesaanMU...
tahajud dan rasa bertuhan
gentarkan hatimu bila menyebut namaNYA
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH

Friday, February 13, 2009

Suatu tanpa titik [3]

Sidang pembaca yang diredhai Allah swt.
Yang telah meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan cara hidup dan Muhammad itu nabi dan rasulNya
Tetapkanlah pujian hanya bagi Allah, yang telah dan masih mengurniakan kita nikmat-nikmat yang tak terbilang... nikmat iman, islam, kefahaman, keyakinan, ketenangan, kebahgiaan, keingintahuan, kesenangan, kemudahan, kejayaan, udara yang mudah dihirup, makanan yang halal dan khasiat, tempat duduk yang selesa, mata yang sihat, tangan yang gagah, jemari yang susunannya kemas, jantung yang degupnya baik, kawan yang memahami,
Ya Rabbi, tak pernah akan sudah jemari ini menaip kuniaan nikmat yang tak terhingga bagi ku dan hamba2Mu ... padaMU kami menyembah cuma. Ya Allah.

Ingin benar saya berkongsi satu tika yang indah dalam kamus kehidupan ini
Bahtera ini terusan berlayar.....
Satu ketika saya pernah menghadiri satu majlis
Dalamnya dipenuhi jasad-jasad yang sangat cintakan Allah dan rasulNya
Jiwa-jiwa mereka mengasihi jiwa-jiwa yang lain hanyalah kerana Allah
Kedatangan al ustaz meningkatkan keheningan suasana
Sedikit demi sedikit telinga saya menangkap bunyi tangis esakkan
Yang mula memenuhi reruangan yang ada
lama sedikit, ada pula seakan meraung
mengulang-ulang mulutnya membunyikan Allah... Allah... Allah
sayunya.....
si ustaz yang ‘alim meneruskan ucapannya,
“istiqamah itu maudhu’ yang senang disebut, tapi pelaksanaannya susah”
Allah, Allah, Allah...
“sebagai pejuang agama Allah, perlu ada dua: miliki hubungan yang kuat dengan Allah dan kekuatan indhibat (disiplin).”
Yang fardhu jangan pernah abai, solat di awal waktu, seupayanya menyambut azan dengan solat, jika terdesak sangat jangan sampai setengah jam lewat
Jika kita jaga Allah, Allah akan jaga kita, Allah akan bagi kita istiqamah...
Allah... Allah... Allah
Lagi al ustaz memesan
Tentang solat berjemaah, jika sibuk sangat jangan sampai tinggal 3 waktu sehari
Usahakan solat sunat qabliyah dan ba’diyah, sunat dhuha, dan sunat tahajud
“Tn. Guru Nik Aziz, dari 15 tahun umurnya tak pernah tinggal tahajud, hingga kini dia tak boleh hidup tanpa tahajud”
Allah... Allah... Allah
Esakkan, ku dengar jelas di kiri dan kanan. . . . .
Sentiasalah kita membaca alquran, pesan ustaz yahya othman; setiap shabab mesti bawa alquran . .
Di tempat duduknya, al ustaz yang zuhud itu kemudian menyentuh soal indhibat
Kekuatan masa, orang yang membawa Islam mesti sentiasa menjaga masa agar program kita diberkati
Kata beliau; “sudut ibadah kita ini sufi, sudut disiplin kita jadi tentera!”
Suatu saya pasak dalam-dalam
wahai anak-anak,
ahwa itu hamba rasa, jangan sesekali kita menjadi hamba kepada rasa
jadilah hamba kepada ALLAH cuma
bertahajjud kerana kita hamba Allah akan menyebabkan kita menangis tanpa pinta
orang yang bertaubat itu kekasih Allah
bahkan Allah cipta dosa itu untuk cipta taubat
moga iman kita sebagai pelita, jangan sebagai istidraj
salafussaleh menyebut; aku tak pernah aman dari tipudaya (perancangan) Allah
hari ini aku beramal baik, tapi aku tah tahu bolehkah samapi mati aku begini
ya Allah,
"apa perancanganMU buat ku hari ini?"
Allah Allah Allah

Thursday, January 22, 2009

MENGENALI BUMI & SEJARAH PALESTIN


:
Menyelusuri sejarah bumi jihad – pengkisahan konflik yang panjang


Wilayah menjadi perebutan penganut agama Samawi
- Kerana memilikinya adalah memiliki pengaruh ke atas dunia sebagaimana hujjah Sultan Salahuddin al Ayubi

Hamas ini muncul bukan secara tiba-tiba apatah lagi ia bukan kerana kecewa pada Fatah, tapi munculnya ia adalah satu perubahan besar pada dunia.
Sebelum menyelusur pada Hamas, mari kita kenali sedikit tentang Ikhwanul Muslimin (IM) yang mana kehadiran Hamas sangat berkaitan dengan IM. Saksikan:
IM ditubuhkan pada 1928, di Mesir.
IM sangat komited pada isu Palestin dan ini boleh dilihat melalui:
· Revolusi Palestin 1936, IM memberi respon yang segera.
· Adanya Lajnah Filistin dalam IM di Pusat
· IM bekal keewangan dan sokongan moral kepada rakyat palestin
· Kempen 10 sen untuk palestin dari ahli IM
· Di Mesir, IM boikot majalah yahudi dan sebar risalah tentang pendirian islam tentang isu palestin

Revolusi 1936 (Palestin) – dicetus oleh Syeikh Izzudin al Qassam
· Pemuda IM menyertai revolusi ini
· Tindakan ini mendapat perhatian dan dihargai oleh Haji Amin Husayni (Mufti Palestin waktu itu)
· Bermula hubungan IM Mesir dan rakyat Palestin (Pelebaran dakwah IM ke Palestin) – [namun dalam catatan hasan al banna, hubungan IM dan Palestin telah bermula sejak 1935 di mana adiknya, abd rahman al banna melebar dakwah ke palestin.]
· Kemuncak – IM sertai jihad menentang zionis pada 1948

IM Palestin bermula 1943 secara rasmi
· Ditubuh oleh Jam’iyah Makarem alAqsa
· 1948 – IM ada 25 cawangan di Palestin

1948 – IM (Mesir dan Palestin) sertai perang jihad
·
bermulalah IM Gaza dan Tebing Barat dipisahkanUmat Islam kalah – Israel terbentuk atas Palestin
· Gaza – diberi pada kuasa Mesir
· Tebing Barat – diberi pada Jordan

IM GAZA
Ambil pendekatan bersenjata dan meneruskan usaha revolusi mereka

IM TEBING BARAT
Lebih tumpu kepada bidang politik dan pendidikan dan diberi kerakyatan Jordan


IM yang diharamkan bergerak senyap & tubuhkan:
· Shabab al Thar – ‘Pemuda Revolusi’ untuk membalas dendam
· Katibat al Haq – ‘Briged Keadilan’

IM & FATAH
Muncul dengan usaha Khalil al Wazir bersama rakan IM lain
Khalil usul tubuh Fatah bagi melindungi IM agar tidak dapat nasib seperti IM di Mesir à pemimpin IM Gaza tak pandang serius dan mereka meneruskan usul
· Jadi lebih agresif - merekrut ahli IM untuk sertai Fatah
· Mula2 terkawal tapi semakin lama makin ramai sertai Fatah
Fatah bergantung pada sokongan Negara arab lain
· Semakin jauh dengan IM dan corak perjuangan IM
· Katah Fatah: Perjuangan IM sudah lapuk dan perlu reformasi untuk kemerdekaan Palestin
1960 – IM nyata pendirian mereka pada Fatah à penentangan terhadap perjuangan Fatah
· Tindakan ini menyebabkan perpecahan pertama kali antara pejuang Palestin
· Natijah: IM terpinggir dan Fatah makin popular
· IM ambil langkah susun generasi yang bertanggungjawab merdeka Palestin dan berundur sementara waktu dari lapangan politik
· 1957 à 1987 : IM sepi dari jihad dan politik
· 1968 à 1970 : IM yang ingin sertai perjuangan bersenjata mengguna flatform Fatah

Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada islam, berpandukan al-quran dan sunnah rasulullah saw, maka pada Disember 1987, Syeikh Ahmad Yasin bersama beberapa pendokong IM di Gaza mengasaskan ‘Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah’ atau ‘Pergerakan Kebangkitan Islam’ (HAMAS)
Secara langsung membawa fikrah IM dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam menentang penjajahan Yahudi di Palestin.
Syeikh Ahmad Yasin dipilih pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal sifat wara’, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan punya aura kepimpinan.

Ideologi HAMAS dalam perlembagaannya yang diisytiharkan 18 Ogos 1988 ialah:
Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap
HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kita toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam
Palestin adalah tanah Islam sejak turun temurun hinggalah Hari Qiamat. Ia tidak boleh dibelahbahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara2 arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.
Jihad menentang kezaliman yahudi adalah fardhu ain ke atas seluruh umat islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suami adalah tidak berdosa.
HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai , persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu palestin
Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi palestin. Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiyah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanahair mereka.
HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pemimpin Arafat sebagai ‘sahabat’ , tetapi menplak fahaman secular gerakan ini.

HAMAS punya sikap tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi:
Gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada 1993 – 1994.
1994 – HAMAS mulakan serangan berani mati terhadap Israel – igauan paling buruk.
Dengan menubuhkan HAMAS – rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah jelas mencari jalan perjuangan kini bergabung tenaga melakukan kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai INTIFADAH.
Bermula intifadah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar Molotov Cocktail kea rah musuh.
Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan Negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel – namun HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas seperti stor bawah tanah.
Kebangkitan rakyat palestin sangat membimbangkan regim Israel
- Pada Ogos 1988 – tentera Israel ceroboh rumah syeikh yasin dan mengugutnya untuk dibuang negeri ke Lubnan bagi menganggu kebangkitan umat Islam.
- Namun ugutan tidak diendah oleh syeikh yasin dan penyokongnya yang mendamba mati syahid sebagai citra perjuangan.
- HAMAS telah meningkatkan operasi membunuh tentera pengganas Israel dengan laungan takbir yang semakin meriah menyahut di bumi palestin.

Kajian Dr. Fadhullah Jamil: terdapat beberapa faktor membawa intifadah yang sengit, antaranya ialah:
- Soal sosio-ekonomi – secara perlahan tetapi pasti warga palestin yang hidup di daerah yang ditakluki Israel mengalami kemiskinan struktural.

HAMAS & KEPIMPINAN TERKINI
Kepimpinan HAMAS dibahagi kepada beberapa tokoh pentingnya, bagi mengelakkan pembunuhan kepada pemimpinnya seperti Syeikh Ahmad Yasin dan Dr. Abd Aziz Rantisi. Antaranya:
1) Khaled Marshaal – yang memimpin biro politik HAMAS.
- Khaled seorang pakar strategi dan pembuat dasar. Beliau mendapat perlindungan di Damsyik dan dipercayai mempunyai banyak hubungan antarabangsa dengan gerakan Islam yang lain di dunia. Beliau terkenal sikap yang tidak kompromi dengan Israel. Israel pernah cuba membunuhnya pada 1997 di Jordan tetapi terselamat dan selepas itu di kawal ketat penyokongnya.

2) Dr. Mahmoud Zahar – salah seorang pengasas HAMAS.
- Doktor peribadi Syeikh Yasin. Terkenal dengan pegangan tegas terhadap israel.

3) Ismail Haniyeh – calon utama HAMAS dalam pilihanraya palestin.
- Sejak kesyahidan Dr. Aziz Rantisi, beliau adalah pemimpin barisan hadapan HAMAS
- Sentiasa pengeluarkan pandangan kepada wartawan dan adakan sidang media bagi mewakili pandangan HAMAS berkaitan isu politik dan masa depan palestin.

4) Dr. Musa Abu Marzuq – yang memimpin urusan HAMAS yang berpangkalan di Damascus Syiria, menjadi salah seorang penghubung dengan gerakan Islam antarabangsa.

HAMAS DAN KEMENANGAN PILIHANRAYA
Disember 2004 – HAMAS menyertai sistem politik apabila sertai pilihan raya perbandaran palestin.
Kemunculan HAMAS sebagai wadah politik (ambil peluang daripada sistem demokrasi) – suatu yang menarik kerana sebelum ini HAMAS dikenali sbg gerakan bersenjata yang telah disenaraihitamkan oleh Amerika syarikat.
Sebelum ini HAMAS membariskan calonnya di university tempatan dan kesannya HAMAS cukup berpengaruh kepada masyarakat kampus dan kelas menengah
HAMAS edar manifesto politiknya kea rah kerajaan yang bersih – menggalakkan rakyatnya amalkan ajaran Islam, jauhi arak, wanita menutup aurat, kepimpinan, bebas rasuah dan berpendidikan.
Pilihanraya JANUARI 2006 – mengejutkan dunia, amerika dan sekutunya kerana HAMAS yang tak dilihat berpotensi untuk raih sokongan awam (kerana konflik berdarah palestin)
HAMAS menang 76 kerusi daripada 132 kerusi parlimen yang dipertandingkan manakal parti pemerintah sebelumnya Fatah hanya menang 43 kerusi dan 13 lagi parti berskala kecil dan calon bebas.
Antara kempen utama HAMAS:
- isu mengenai kegagalan Fatah dalam rundingan damai
- rasuah yang selubungi pihak bekuasa palestin
- kejayaan HAMAS dalam mengundurkan tentera Israel dari Gaza.
- HAMAS juga menjanjikan kepada rakyat sikap untuk terus menentang Israel
- menjanjikan perkhidmatan awam palestin yang lebih baik
Kejayaan HAMAS – jadi saksi sejarah samada gerakan Islam tidak akan dikhianati apabila tiba di mercu kuasa, namun
- menghadapi kepungan ekonomi dari amerika dan sekutunya
- serta hadapi pesaing politiknya Fatah yang disokong amerika

FAKTOR PENINGKATAN SOKONGAN TERHADAP HAMAS OLEH MASYARAKAT PALESTIN DAN MUSLIM ANTARABANGSA

o Perasaan xenophobia
- Perasaan anti asing ini mudah difahami dan hadam kepada bangsa yang dijajah lantas akan membangkitkan rasa amarah semulajadi manusia yang akhirnya membawa konflik berdarah.

***HAMAS muncul dengan berani berdada dengan Israel menyebabkan rakyat palestin bangkit bersama intifadah al mubarak yang dimobilasasikan oleh HAMAS
Perjanjian ini dapat tentangan masyarakat Islam antarabangsa termasuk Dr. Burhanuddin al Helmi (pejuang Islam Tnh Melayu yg telah ditangkap British kerana mengkritik perjanjian ini dalam akhbar ‘Taman Bahgia’
Perjanjian yang menjadi titik mula tubuh Negara haram Israel pada 1948 dengan penentangan berdarah pejuang Islam.
Nov 1917 – telah digagaskan Perjanjian Balfour oleh Sir Lord Balfour, S/U Luar Negara British.


Bumi palestin dijajah sedikit demi sedikit oleh zionis bahkan status Jurusalem diubah jadi bandar suci yahudi

o Gerakan yang multazim berwajah mesra rakyat
- Walau dipotretkan sebagai pengganas oleh barat, tapi rakyat palestin melihat mereka sebagai gerakan massa yang cakna. HAMAS ambil berat kebajikan dan pentarbiyahan masyarakat seperti adakan klinik, farmasi dan perkhidmatan kesihatan percuma.
- HAMAS juga mewujudkan taman asuhan Islam, kelas pra-sekolah, anjur pengajian ilmu di masjid, kuliah dan usrah umum yang dijalankan telah menjadi wahana penyaluran semangat kesedaran Islam yang dipertegaskan dengan konsep jihad untuk bebaskan bumi suci yang menjadi tanggungjawab setiap muslim.
- Gerakan memasyarakatkan HAMAS berjalan dengan berkesan melalui beberapa NGO yang ditubuhkan untuk menjadi jaringan HAMAS, antara projek yang dijalankan adalah mengadakan asrama anak yatim, bantuan ibu tunggal balu syuhada, ibadah korban masy. Palestin, bekal pakaian, serta bantuan bulanan.

o ISLAM sebagai aqidah perjuangan HAMAS
- Sejarah silam merakamkan bagaimana hanya dengan kekuatan aqidah, Palestin berjaya dibebaskan di zaman Amirul Mu’minin Umar al Khattab dan dengan bangganya semasa memegang kunci Baitul Muqqadas telah berpidato: “Kita suatu kaum yang telah dimuliakan oleh ALLAH dengan Islam maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain Islam maka kehinaanlah.”
- Pertembungan antara islam dan kristian dalam perang salib akhirnya menyebabkan palestin dan baitul muqqadas telah dijajah kristian sehingga ALLAH SWT membangkitkan seorang pemimpin Islam iaitu Sultan Salahuddin al Ayubi dengan panji jihadnya telah berjaya menawan kembali bumi palestin daripada tangan tentera kristian yang dipimpin Richard ‘the lion heart’.
- Begitulah kemuliaan jihad Syeikh Izuddin Al Qassam adalah seorang imam, pemimpin islam, ahli pidato dan katib masjid Jamek al-Istiqlal di kota Haifa, palestin. Apabila beliau melihat kehidupan muslimin di negaranya dan tindak tanduk inggeris menindas muslimin dan menjadikan yahudi anak emas, syeikh izuddin al qassam pun memilih beberapa sahabatnya yang beriman dan membentuk jamaah (kumpulan) lalu melatih mereka memikul senjata untuk berperang. Semuanya dilakukan secara rahsia dan mendorong mereka bersabar dalam jihad melawan musuh. Akhirnya syeikh berjaya membentuk satu pasukan tentera mujahidin dari kalangan mereka.
- Apabila penjajah inggeris dapat tahu dan beliau dipanggil. “Wahai, syeikh! Sesungguhnya kamu telah bergerak cergas untuk menentang kami.” Lalu syeikh mengeluarkan mashaf al-Quran dari sakunya dan menunjukkannya lalku berkata, “Kitab yang agung ini menyuruh berjihad dan kami tidak dapat menyangkalnya.”
- Penentangan dengan nama jihad juga turut dikobarkan Hasan al Banna bahkan bukan saja dengan ucapan yang membakar semangat tetapi menghantar ahli IM untuk menentang yahudi di palestin. Iltizam ini yang menyebabkan beliau ditembak sehingga menemui kesyahidan.
- Kebangkitan islam pada 70-an dan 80-an menghembus anginnya ke palestin terutamanya anak kampus yang mula melihat kerampuhan ideologI secular pragmatis yang dianuti dunia arab tidak mampu menentang zionis Israel. Penerimaan kepada kefahaman islam yang sahihah menyebabkan golongan muda yang berpendidikan cenderung untuk mendokong HAMAS sebagai wadah perjuangan mereka.

o Kecewa terhadap sikap apologetik negara arab
- HAMAS semakin popular di mata rakyat apabila sikap tidak tolak ansur dengan regim Israel. Secara umumnya rakyat palestin telah muak dengan perjanjian damai yang ditaja barat.

o Punya ideologue yang berkesan
- Senyuman sheikh ahmad yasin dengan sorotan matanya yang tajam adalah perlambangan sebuah perjuangan yang tidak bermanis muka dengan jahiliah, beliau diangkat sebagai ikon dalam perjuangan ummat islam palestin walaupun bertemu kesyahidan pada 22 Mac 2004.
- Dilahirkan pada 1936 di Asqalan, membesar sebagai anak yatim piatu dalam suasana cintakan perjuangan islam. ditangkap regim Mesir sewaktu belajar di Universiti Ain Syams Mesir selama setahun kerana dituduh terlibat dengan IM.
- Setelah sebulan di penjara beliau dibebaskan dan kembali ke palestin dan menumpukan perhatian kepada perjuangan dan dengan karisma yang ada pada beliau telah dilantik sebagai pengerusi Mujtama’ Al-Islami (mirip NGO kebajikan dan kemasyarakatan). Gerakan ini menjadi asas pertapakan HAMAS apabila sheikh merasakan hanya bahasa perang yang mampu difahami oleh yahudi.
- Beliau buta dan lumpuh kerana mengalami penyiksaan daripada tentera yahudi namun arahannya mampu menggoncangkan Tel Aviv.
- As syahid telah menunjukkan tahap keikhlasan yang paling tinggi dan inilah faktor paling ampuh tentang keberkatan dan pertolongan ALLAH kepada HAMAS baik di medan ‘bil quwwah’ atau pun jihad pilihanraya di Palestin.

tiada ia perhentian [1]

"Janganlah kamu merasa lemah, dan berdukacita, kamu adalah lebih tinggi (darjat) sekiranya kamu beriman." (ali 'imran:139)

ya ALLAH, segalanya dalam pengetahuan MU
bantulah kami dan saudara2 kami. . .

Tuesday, December 16, 2008

Suatu Tanpa Titik [2]

semalam
aku di perkampungan itu
jauh tempatnya membulat tekadku
bersama teman yang sejiwa
sama menyedia diri untuk diasuh
bagai bayi baru lahir
bagai budak baru bertatih
bagai kanak-kanak baru belajar mengeja
aku disuap makanan yang sungguh lazat
aku diusap belaian azimat
mereka cekal memberi kefahaman
mereka tekal membantu aku dan teman
supaya keluarnya jadi berguna
dan memperguna apa yang ada untuk ghoyah yang satu
ya ALLAH...hamba-hambaMU itu benar-benar mantap
ku berdepan dengan si 'abid itu
duduknya tawadhu'
ayatnya menyentuh qalbu
menusuk tanpa paksa
ku tanam indah agar bersemi,
ku kenang si dia, si ketua jentera
tangannya di atas tika berbicara
tinggi ilmunya, besar pandangannya, luas impiannya
tegas ucapan jasad berdiri, berkata dari mata hati
hingga itu masih kukuh ku biar tertanamnya ia,
ku pandang jasad kecil itu
matanya bulat memandang penuh cahaya
jemari digenggam mempasak keyakinan
sedia ia berkongsi idealisma
di situ dia bersama karisma perjuangan,

aku kembali lagi ke daerah itu
bunyi airnya tenang sekali
tempatnya dingin
bunyi burung tak lekang
menyalur masuk menyentuh gegendang
lalu bergetar
sama hebat getarnya
pabila ku berdepan dengan mereka yang hebat ini
ya Rabb, besar kurnia MU
cantik benar mereka menghiasi diri
dengan iman dan taqwa terpatri di hati
tambah dengan ilmu jua semangat kental
jiwa mereka tampak cukup besar
hati mereka bersih dan jelas dengan matlamat..
oh, alangkah besar nikmat ini
teman segala berlaku sungguh singkat
ambil ia buat kita sama menongkah jalan ini
jangan biar ia sunyi lagi
kusam tak berhias
kita hiasi ia
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
tapak ini bermula. . . . .

Tuesday, November 18, 2008

Suatu Tanpa Titik [1]


anugerah dari ALLAH, yang banyak menambahceriakan kehidupan
moga membesar jadi muslimah yang solehah...

alhamdulillah, segala puji-pujian hanya dipanjatkan kepada ALLAH SWT, Tuhan yang Maha Esa, Dia lah satunya Tuhan yang berhak disembah, Tuhan yang menciptakan, mentadbir dan memilik alam, Tuhan yang memiliki nama2 dan sifat yang baik, asma'ulhusna...

padaMU jua ya RABB, tempat ku sembah dan memohon pertolongan.. jangan KAU bolak balikkan hatiku, tetapkan imanku di jalanMU..


Permulaannya, suka saya mengambil satu firman ALLAH SWT dalam Surah Yusuf, ayat 108: "Katakanlah (wahai Muhammad); Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama ALLAH dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci ALLAH (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain.

Di sini saya juga petik kata Saidina Umar ra, Tiada Islam tanpa dengan jamaah, tiada jamaah tanpa dengan kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa dengan ketaatan.

ALLAH menganugerahkan Islam yang syumul kepada umat Nabi Muhammad saw. Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan, dari sekecil-kecil perkara bab makan hatta bab masuk tandas sehinggalah sebesar-besar perkara ada disebut dalam Islam, yakni bab pemerintahan negara dan kepimpinan. Bak kata, semua ada dalam Islam.


Islam yang ALLAH turunkan ini sudah lengkap, tak lagi memerlukan ideologi lain yang kononnya hendak membawa imej kebebasan dan pembangunan kepada Islam. Adakah Islam tak pernah memandang aspek pembangunan dan antarabangsa? Mereka yang mencari atau menokoktambahkan sesuatu untuk 'melengkapkan' Islam itulah yang sebenarnya tidak menyelusuri jalan dan sejarah Islam. Islam pernah menakluk dunia. Islam pernah gemilang. Jika nama saja Islam tapi siang dan malamnya menjadi tali barut barat dan yahudi, maka tunggulah jawapan dari ALLAH SWT. kerana telah ia mengharap redha manusia, sedangkan ketahuilah hai jiwa-jiwa bergelar hamba, hanyalah ALLAH pemilik kuasa dan alam ini. Tidakkah kamu berfikir, merenung dan melihat? Fikirlah, renungilah dan lihatlah. Moga-moga usaha diberkati dan mendapat hidayah dari ALLAH swt.

Di sini saya bawakan sifat-sifat khusus dan istimewa Islam yang enam :
Rabbaniyah- Agama Islam ini adalah daripada ALLAH swt. Manusia pula hanya pelaksana kepada segala yang telah ALLAH tetapkan. Ya, bukanlah manusia yang mencipta agama ini dan yang memberi nama, ia juga bukan diambil nama semperna sesuatu peristiwa yang berlaku. Tapi Islam ini menjadi aqidah yang mantap, satu gaya hidup dan identiti diri yang ia datangnya dari ALLAH yang Maha Mengetahui kehendak dan keperluan hambaNya, yang Maha Bijaksana dalam pengaturan hidup makhluk ciptaanNya. Seorang yang mempunyai hubungan dengan ALLAH disebut rabbani yang mana sudut rabbani ini terbahagi kepada dua:
1) Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan, yang menjadikan hubungan baik dengan ALLAH, pengabdian kepada ALLAH dan mendapat redhaNya adalah matlamat kehidupan.Inilah ajaran Islam yang bertujuan menyiapkan manusia menjadi hamba kepada ALLAH semata-mata.
2) Rabbani dari manhaj dan sumber, kerana ia bersumberkan wahyu ALLAH kepada Nabi Muhammad saw. Sumber ajaran Islam adalah ALLAH yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanaannya. oleh itu, Islam ini ialah wahyu ALLAH kepada Nabi Muhammad saw.

Syumuliyah- Ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek. Lengkap dan menyeluruh. Segalanya ada dalam Islam, tanpa terkecuali sekecil-kecil urusan hinggaah sebesar-besar perkara. Juga menjadi rujukan kehidupan manusia. Sudut kesyumulan Islam boleh dilihat dari sudut undang-undang, keadilan, kehakiman, negara, akhlak dan ilmu.

'Alamiyah- Sesuainya Islam ini untuk semua orang dan tempat. Islam ini untuk orang Arab, Melayu, Cina, Negro, India, bangsa Eropah dan bangsa-bangsa lain, sama ada kulitnya putih atau sawo matang, gelap atau separa gelap, matanya sepet atau bulat betul-betul, rambutnya lurus atau kerinting, rendah atau tinggi, pendek katanya tak kira fizikalnya apa dan siapa dia. Jadi, sudah pastinya ia bukan untuk suatu golongan dan bangsa tertentu saja. Islam ini sesuai untuk zaman Rasulullah saw dan juga zaman teknologi moden ini. Bahkan untuk masa akan datang juga. Ajarannya adalah sesuai hingga hari kiamat.

Waqi'iyah- Islam juga sesuai dan mengikut suasana dan tempat. Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupannya adalah mengikut tempat dan suasana umat Islam. Contohnya, di Malaysia, perempuan menutup auratnya dengan memakai baju kurung, di Arab perempuannya berjubah, di Thailand, China, India, Pakistan mungkin lain pula. Hukum menutup aurat itu tetap sama dan diimani oleh umat Islam tanpa membataskan apa-apa.

Inqilabiyah- Menegakkan Islam ini adalah atas keruntuhan jahiliyah. Islam ini tidak boleh bercampur dengan jahiliyah. Dengan kata lain, Islam tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh, dalam nak menegakkan Islam kita anjurkan seminar, ceramah dan aktiviti lain yang berunsurkan Islam tapi di satu masa yang sama menyokong kemaksiatan, kedai arak dibuka merata-rata, konsert diadakan besar-besaran. Sesungguhnya ini adalah suatu yang sangat tidak wajar. Kanak-kanak pun tahu mengerti akan hal ini.

Thabat dan Murunah- Bermakna Islam ini tetap dari segi hukum tapi ada anjal atau felksible dari sudut pelaksanaannya. Jika dicontohkan dengan solat, Solat fardhu itu adalah wajib, tapi bagi yang sakit dan uzur, boleh laksanakan cara secara duduk atau berbaring. bagi yang musafir boleh dilakukan jama' dan qasar.

Sungguhnya Islam ini amat indah. Terokailah ia, nescaya kan jumpa keindahan itu. Bersama perjuangkan kedaulatan Islam. Membina fardhul muslim --> baitul dakwah --> mujtama' muslim --> daulah islamiyah. Tarbiyyah+Dakwah+Siasah.

'ISLAM FOR ALL'


Hassan Al-Banna

Ya ikhwan, Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini. ALLAH mahu sinar dakwah kamu terpancar menerangi seluruh kegelapan ini. ALLAH melahirkan kamu untuk memartabatkan kalimahNya, mendokong syariatNya dan menegakkan semula negaraNya.

Wahai ikhwan, apa yang kita mahukan? Adakah kita mahu mengumpulkan harta sedangkan harta itu akan lenyap? Adakah kita mahukan pengaruh sedangkan ia suatu yang tak bererti? Bukan ini tujuan kita bekerja dan bukan itu arah dakwah kita. Namun, ingatlah sentiasa kita punya dua matlamat besar;

1. Membebaskan dunia Islam daripada semua cengkaman kuasa asing yang sememangnya merupakan hak semulajadi manusia. Hanya orang kejam dan diktator saja akan menafikannya.

2. Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini. Negara yang mampu melaksanakan hukum hakam dan sistem sosial Islam. Sebuah negara yang dapat menampilkan ajaran Islam yang sebenar dan dapat menyebarkannya secara bijaksana kepada semua manusia. Selagi negara ini tak wujud, selagi itu seluruh umat Islam berdosa. Umat Islam akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH kerana mereka dianggap cuai dan tidak berusaha mewujudkannya.

Kita mahu kedua-dua matlamat ini dicapai di lembah Nil ini, di negara2 Arab dan seluruh muka bumi yang ALLAH berikan anugerah untuk mengecapi nikmat Islam sebagai suatu agama, suatu identiti dan suatu akidah yang menyatukan seluruh umat Islam.

-hassan al banna; Himpunan Risalah Imam Hassan al Banna. m/s 217.

...Suatu perkongsian dari pena berrujukan.

Wallahu'alam.