Saturday, June 13, 2009

Suatu tanpa titik [4]


Assalamualaikum, Tokoh Gerakan Islam yang amat kita segani, Sheikh Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

Seperti inilah antara bunyinya, satu mesej yang diterima semalam.

As sheikh Fathi Yakan,
Beliau antara tokoh gerakan, yang memperjuangkan islam dalam siri kehidupannya di bumi ALLAH.
Ramai yang mengenali as sheikh, beliau cukup dikenali kerana ketokohan dan fikrah perjuangan yang tersebar luas melalui pentas ceramah, khutbah, lazimnya penulisan dan beliau juga pernah memenangi kerusi pilihan raya Lubnan pada 1992.


BUAT PERKONGSIAN,

sedikit bingkisan mengenai Assheikh, antara pengasas gerakan Islam di Lubnan:

- As Sheikh dilahirkan di Tripoli, Lubnan pada 9 Februari 1933.
- berkahwin dengan Pn. Mona Haddad Yakan dan mempunyai 4 anak perempuan, seorang lelaki.
- mempunyai B.A dan M.A dalam bidang kejuruteraan serta Ph.D dalam pengajian Islam dan bahasa Arab. menukar bidang pengajian dari kejuruteraan kepada pengajian islam kerana keperluan dan kepentingannya untuk mengajak rakyat negaranya untuk berpegang teguh dengan Islam.
- banyak penulisan dan sumbangannya dalam mempelopori fikrah gerakan islam dan membentuk manhaj dakwah.
- antara tulisannya: Apa Erti Saya Menganut Islam, Musyhkilatu da’wah wad-da’iyah dll.
- penulisannya dan penglibatan dalam gerakan islam dianggap mengancam pihak berkuasa dan beliau telah dipenjara dan diseksa dengan diseterika seluruh badannya hingga remuk! (ya ALLAH, ampunkan dosanya dan tempatkan rohnya di kalangan hambaMU yang soleh)



- Antara tulisan Sheikh Fathi Yakan, dalam Musyhkilatu da’wah wad-da’iyah tentang sifat-sifat pendakwah adalah:
a. Kebersihan Jiwa dan Rohani
- perlu sentiasa ikhlas
- sentiasa mengingati Allah swt.
- Selalu memperbaiki ibadahnya, membanyakkan amalan sunat dan - tidak meninggalkan tahajjud.
b. Kesihatan Badan dan Kekuatannya
- Menjaga kesihatannya kerana kepimpinan dan pendakwah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung dan tidak henti-henti.
c. Keupayaan Akal dan Fikiran
- Pemimpin, fikiran dan mindanya haruslah terdiri dari pelbagai bahan tidak hanya terhad kepada ilmu Islami sahaja tanpa mendalami ilmu-ilmu lain.
- Berupaya juga menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia ada dengan menjadikan pengalaman sebagai panduan berteraskan kepada Al-Quran & As-Sunnah.
Seterusnya beliau menambah bahawa ada beberapa sifat-sifat yang perlu bagi Pimpinan:
a. Mengenali Dakwah – mengenali organisasi dan matlamat perjuangan (ada hubungan)
b. Mengenali Jiwa – mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya sendiri
c. Perhatian kepada ahli-ahli – mengambil tahu hal-ehwal pengikut.
d. Tauladan yang baik (al-Qudwatul Hasanah)
e. Pandangan yang tajam – tidak mempunyai sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas.
f. Kemahuan yang kuat
g. Daya Tarikan semulajadi
h. Optimisma


"Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, beerti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi saja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip2 Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam
untuk membangunkan dan memakmurkan alam
tetapi orang lain mempergunkana mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda2 tetapi pemuda2 ini hanyalah yang kosong, yang hanyut dan terbiar, pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera, pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa2 jahat dan zalim, disusun oleh parti2 kufur dan syaitan, Pemuda pondan yang tiada kelebihan pada mereka, tetapi
keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya."


ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD!

demikianlah as sheikh yang telah mewakafkan dirinya untuk perjuangan islam. lihatlah, dia bergembira dengan jual belinya.. lalu kita bagaimana?
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan ALLAH, sehingga mereka membunuh atau terbunuh , (sebagai) janji yang benar dari ALLAH dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH?
maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu
dan demikian itulah kemenangan yang agung."
(At-Taubat: 111)

ayuh, saya menyeru diri sendiri dan sahabat2,
kita perhitungkan diri. Di mana kita di sisi ALLAH?
mari kita sama2 dekatkan diri dengan ALLAH,
jauhi penyakit2 yang membawa keparahan 'hati'. jika ada, ubatilah segera.

jadikan detik kehidupan perjuangan rasulullah saw, keluarga, sahabat ra dan
ulama', tokoh2 gerakan sebagai laskar perjuangan ini!

Ingatkah pada perkahwinan kita yang pertama?
ya, dengan PERJUANGAN!
Ya ALLAH, izinkan kami bersama mereka...

No comments: