Tuesday, December 16, 2008

Suatu Tanpa Titik [2]

semalam
aku di perkampungan itu
jauh tempatnya membulat tekadku
bersama teman yang sejiwa
sama menyedia diri untuk diasuh
bagai bayi baru lahir
bagai budak baru bertatih
bagai kanak-kanak baru belajar mengeja
aku disuap makanan yang sungguh lazat
aku diusap belaian azimat
mereka cekal memberi kefahaman
mereka tekal membantu aku dan teman
supaya keluarnya jadi berguna
dan memperguna apa yang ada untuk ghoyah yang satu
ya ALLAH...hamba-hambaMU itu benar-benar mantap
ku berdepan dengan si 'abid itu
duduknya tawadhu'
ayatnya menyentuh qalbu
menusuk tanpa paksa
ku tanam indah agar bersemi,
ku kenang si dia, si ketua jentera
tangannya di atas tika berbicara
tinggi ilmunya, besar pandangannya, luas impiannya
tegas ucapan jasad berdiri, berkata dari mata hati
hingga itu masih kukuh ku biar tertanamnya ia,
ku pandang jasad kecil itu
matanya bulat memandang penuh cahaya
jemari digenggam mempasak keyakinan
sedia ia berkongsi idealisma
di situ dia bersama karisma perjuangan,

aku kembali lagi ke daerah itu
bunyi airnya tenang sekali
tempatnya dingin
bunyi burung tak lekang
menyalur masuk menyentuh gegendang
lalu bergetar
sama hebat getarnya
pabila ku berdepan dengan mereka yang hebat ini
ya Rabb, besar kurnia MU
cantik benar mereka menghiasi diri
dengan iman dan taqwa terpatri di hati
tambah dengan ilmu jua semangat kental
jiwa mereka tampak cukup besar
hati mereka bersih dan jelas dengan matlamat..
oh, alangkah besar nikmat ini
teman segala berlaku sungguh singkat
ambil ia buat kita sama menongkah jalan ini
jangan biar ia sunyi lagi
kusam tak berhias
kita hiasi ia
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
tapak ini bermula. . . . .

Tuesday, November 18, 2008

Suatu Tanpa Titik [1]


anugerah dari ALLAH, yang banyak menambahceriakan kehidupan
moga membesar jadi muslimah yang solehah...

alhamdulillah, segala puji-pujian hanya dipanjatkan kepada ALLAH SWT, Tuhan yang Maha Esa, Dia lah satunya Tuhan yang berhak disembah, Tuhan yang menciptakan, mentadbir dan memilik alam, Tuhan yang memiliki nama2 dan sifat yang baik, asma'ulhusna...

padaMU jua ya RABB, tempat ku sembah dan memohon pertolongan.. jangan KAU bolak balikkan hatiku, tetapkan imanku di jalanMU..


Permulaannya, suka saya mengambil satu firman ALLAH SWT dalam Surah Yusuf, ayat 108: "Katakanlah (wahai Muhammad); Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama ALLAH dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci ALLAH (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain.

Di sini saya juga petik kata Saidina Umar ra, Tiada Islam tanpa dengan jamaah, tiada jamaah tanpa dengan kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa dengan ketaatan.

ALLAH menganugerahkan Islam yang syumul kepada umat Nabi Muhammad saw. Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan, dari sekecil-kecil perkara bab makan hatta bab masuk tandas sehinggalah sebesar-besar perkara ada disebut dalam Islam, yakni bab pemerintahan negara dan kepimpinan. Bak kata, semua ada dalam Islam.


Islam yang ALLAH turunkan ini sudah lengkap, tak lagi memerlukan ideologi lain yang kononnya hendak membawa imej kebebasan dan pembangunan kepada Islam. Adakah Islam tak pernah memandang aspek pembangunan dan antarabangsa? Mereka yang mencari atau menokoktambahkan sesuatu untuk 'melengkapkan' Islam itulah yang sebenarnya tidak menyelusuri jalan dan sejarah Islam. Islam pernah menakluk dunia. Islam pernah gemilang. Jika nama saja Islam tapi siang dan malamnya menjadi tali barut barat dan yahudi, maka tunggulah jawapan dari ALLAH SWT. kerana telah ia mengharap redha manusia, sedangkan ketahuilah hai jiwa-jiwa bergelar hamba, hanyalah ALLAH pemilik kuasa dan alam ini. Tidakkah kamu berfikir, merenung dan melihat? Fikirlah, renungilah dan lihatlah. Moga-moga usaha diberkati dan mendapat hidayah dari ALLAH swt.

Di sini saya bawakan sifat-sifat khusus dan istimewa Islam yang enam :
Rabbaniyah- Agama Islam ini adalah daripada ALLAH swt. Manusia pula hanya pelaksana kepada segala yang telah ALLAH tetapkan. Ya, bukanlah manusia yang mencipta agama ini dan yang memberi nama, ia juga bukan diambil nama semperna sesuatu peristiwa yang berlaku. Tapi Islam ini menjadi aqidah yang mantap, satu gaya hidup dan identiti diri yang ia datangnya dari ALLAH yang Maha Mengetahui kehendak dan keperluan hambaNya, yang Maha Bijaksana dalam pengaturan hidup makhluk ciptaanNya. Seorang yang mempunyai hubungan dengan ALLAH disebut rabbani yang mana sudut rabbani ini terbahagi kepada dua:
1) Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan, yang menjadikan hubungan baik dengan ALLAH, pengabdian kepada ALLAH dan mendapat redhaNya adalah matlamat kehidupan.Inilah ajaran Islam yang bertujuan menyiapkan manusia menjadi hamba kepada ALLAH semata-mata.
2) Rabbani dari manhaj dan sumber, kerana ia bersumberkan wahyu ALLAH kepada Nabi Muhammad saw. Sumber ajaran Islam adalah ALLAH yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanaannya. oleh itu, Islam ini ialah wahyu ALLAH kepada Nabi Muhammad saw.

Syumuliyah- Ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek. Lengkap dan menyeluruh. Segalanya ada dalam Islam, tanpa terkecuali sekecil-kecil urusan hinggaah sebesar-besar perkara. Juga menjadi rujukan kehidupan manusia. Sudut kesyumulan Islam boleh dilihat dari sudut undang-undang, keadilan, kehakiman, negara, akhlak dan ilmu.

'Alamiyah- Sesuainya Islam ini untuk semua orang dan tempat. Islam ini untuk orang Arab, Melayu, Cina, Negro, India, bangsa Eropah dan bangsa-bangsa lain, sama ada kulitnya putih atau sawo matang, gelap atau separa gelap, matanya sepet atau bulat betul-betul, rambutnya lurus atau kerinting, rendah atau tinggi, pendek katanya tak kira fizikalnya apa dan siapa dia. Jadi, sudah pastinya ia bukan untuk suatu golongan dan bangsa tertentu saja. Islam ini sesuai untuk zaman Rasulullah saw dan juga zaman teknologi moden ini. Bahkan untuk masa akan datang juga. Ajarannya adalah sesuai hingga hari kiamat.

Waqi'iyah- Islam juga sesuai dan mengikut suasana dan tempat. Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupannya adalah mengikut tempat dan suasana umat Islam. Contohnya, di Malaysia, perempuan menutup auratnya dengan memakai baju kurung, di Arab perempuannya berjubah, di Thailand, China, India, Pakistan mungkin lain pula. Hukum menutup aurat itu tetap sama dan diimani oleh umat Islam tanpa membataskan apa-apa.

Inqilabiyah- Menegakkan Islam ini adalah atas keruntuhan jahiliyah. Islam ini tidak boleh bercampur dengan jahiliyah. Dengan kata lain, Islam tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh, dalam nak menegakkan Islam kita anjurkan seminar, ceramah dan aktiviti lain yang berunsurkan Islam tapi di satu masa yang sama menyokong kemaksiatan, kedai arak dibuka merata-rata, konsert diadakan besar-besaran. Sesungguhnya ini adalah suatu yang sangat tidak wajar. Kanak-kanak pun tahu mengerti akan hal ini.

Thabat dan Murunah- Bermakna Islam ini tetap dari segi hukum tapi ada anjal atau felksible dari sudut pelaksanaannya. Jika dicontohkan dengan solat, Solat fardhu itu adalah wajib, tapi bagi yang sakit dan uzur, boleh laksanakan cara secara duduk atau berbaring. bagi yang musafir boleh dilakukan jama' dan qasar.

Sungguhnya Islam ini amat indah. Terokailah ia, nescaya kan jumpa keindahan itu. Bersama perjuangkan kedaulatan Islam. Membina fardhul muslim --> baitul dakwah --> mujtama' muslim --> daulah islamiyah. Tarbiyyah+Dakwah+Siasah.

'ISLAM FOR ALL'


Hassan Al-Banna

Ya ikhwan, Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini. ALLAH mahu sinar dakwah kamu terpancar menerangi seluruh kegelapan ini. ALLAH melahirkan kamu untuk memartabatkan kalimahNya, mendokong syariatNya dan menegakkan semula negaraNya.

Wahai ikhwan, apa yang kita mahukan? Adakah kita mahu mengumpulkan harta sedangkan harta itu akan lenyap? Adakah kita mahukan pengaruh sedangkan ia suatu yang tak bererti? Bukan ini tujuan kita bekerja dan bukan itu arah dakwah kita. Namun, ingatlah sentiasa kita punya dua matlamat besar;

1. Membebaskan dunia Islam daripada semua cengkaman kuasa asing yang sememangnya merupakan hak semulajadi manusia. Hanya orang kejam dan diktator saja akan menafikannya.

2. Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini. Negara yang mampu melaksanakan hukum hakam dan sistem sosial Islam. Sebuah negara yang dapat menampilkan ajaran Islam yang sebenar dan dapat menyebarkannya secara bijaksana kepada semua manusia. Selagi negara ini tak wujud, selagi itu seluruh umat Islam berdosa. Umat Islam akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH kerana mereka dianggap cuai dan tidak berusaha mewujudkannya.

Kita mahu kedua-dua matlamat ini dicapai di lembah Nil ini, di negara2 Arab dan seluruh muka bumi yang ALLAH berikan anugerah untuk mengecapi nikmat Islam sebagai suatu agama, suatu identiti dan suatu akidah yang menyatukan seluruh umat Islam.

-hassan al banna; Himpunan Risalah Imam Hassan al Banna. m/s 217.

...Suatu perkongsian dari pena berrujukan.

Wallahu'alam.

Tuesday, November 4, 2008

Muhasabah [1]


seringkali aku tersungkur
di gerbang mencari keredhaan dan ketenangan
bila ku mengangkat muka...muka ku penuh debu
ALLAH . . . . .
air mata membersih namun tak suci sepenuhnya
hanya menyapu di laluan alirannya
ku berpaling ke belakang
melihat kelam kabu yang telah ku tinggalkan
tak bisa lagi ku berpatah menggapai yang lalu
walau meraung ku meminta
tiada akan terjadi hal itu
harus ku percaya dengan pasti
dunia ini takkan kekal abadi
hanya ia tempat pengujian
cekalkah hati dalam pelayaran
sebagai hamba yang mengaku khalifah
tarbiyyah diri?
ya ALLAH aku sungguh tak mampu
hatta mengangkat satu jemariku
itu adalah hanya dengan izinanMU
ya ALLAH aku tak habis2 meletakkan dunia di hatiku
sedangkan amat payah ku buang ia
keruhnya air muka
busuknya hati
dendam berburuk sangka
hiasan paling hodoh
jijik menyebut moga ia menjauh
tolonglah jauh dari diri ku. . .

moga aku mampu menjadi 'izyan' yang solehah
sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah...
ALLAH ALLAH ALLAH



salam kemaafan. . . . .
adik, tunggu k.mie balik ye~

Tarbiyah kesakitan

Assalamualaikum wbt...

Akh Zulkifli, Khar sedang menghadapi ujian ALLAH, diuji dengan kesakitan. beberapa kali menerima mesej yang dia sedang tenat. . .
sama kita doakan buat al akh moga diberi kesembuhan oleh ALLAH dan kuat menghadapi cubaan ini.
sungguh ujian yang hebat adalah untuk hamba yang hebat. cantiknya tarbiyyah ALLAH

ya ikhwan akhowat doakan sahabat kita. moga diringankan kesakitan ke atasnya.
ameen...


Saturday, November 1, 2008

coretan [1]

Bismillahirrahmanirrahim

"Slm, k.mie xleh blik awl ke?adik brhrp sgt dpt blajo ngn k.mie..adik tkut la.."

ya ALLAH, jam 12.24pagi tadi, saya dapat mesej ni. dari adik di kampung. adik apa khabar sekarang? maaf sgt dik, k.mie x tepon adik..macamna adik study?
apa harus aku lakukan ya RABB?

adik saya exam 11hb ni. SPM..dia satu2nya adik perempuan saya..saya sokmo bagthu dia mampu buat yang lebih baik daripada saya telah buat...dia mampu! saya nak dia tahu..
sekarang dia perlukan saya di sisi. membantu dia untuk berjaya, mambantu dia untuk jadi mampu umpama apa yang saya tanamkan dalam dirinya. apa tindakan saya? adakah saya masih nak bagtahu yg saya xdapat balik awal? adik, kasihannya adik dapat kakak macam k.mie.....
maaf dik.

saya tengok jadual exam. habis exam 17hb.

ya ALLAH mudahkan aku pulang menjenguk keluarga dan membantu adik..
saya cuba usahakan antara dua tarikh, before atau after exam. yang pasti sebelum adik habis SPM saya kena balik juga.
LESEN MOTO? ni satu lagi. saya hajat nak amik lesen lps xm
tapi duitnya, nak cekau kat mana???

jadual EXAM:
3hb- KPN
6hb- TSP
7hb- TBK
10hb- TBD
11hb- TBC
17hb- TKU

Keja byk lagi, moga saya mmpu berusaha menguruskan sebaiknya.
mudahkan ia bagi ku ya ALLAH.
saya usahakan TAKKAN SAYA BIARKAN SEHARIANKU SUNYI DARI BERFIKIR UNTUK ISLAM!
jika tiba waktunya saya tak mampu lagi bergerak, moga waktu itu kan saya usahakan kerah buah fikiran untuk agama ini.
dengan ISLAM saya mulia. dengan ISLAM saya rasa bahgia. dengan ISLAM saya rasa memilik cinta. dengan ISLAM juga hidup saya dunia akhirat dijamin oleh ALLAH.

saya ingin jadi hambaNYA yang mensyukuri nikmat. saya ingin cintaNYA bersama perjalanan hidupku ini.
MOGA kerja saya tiada pasang surut. izinkan ya ALLAH...


AYUH KITA JULANG KEMBALI!
ISLAM PASTI GEMILANG!
LAUNGKAN TAKBIR
ALLAHUAKBAR

BERAMAL KERANA ALLAH
PEMUDA MELANGKAH GAGAH!
ya shabab, yuk kita melangkah dengan yakin!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!


Thursday, September 25, 2008

di akhir-akhir ramadhan

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
WA LILLAHILHAMD!

semalam, khamis dah berlalu datangnya pula hari ini jumaat menggantikan, 26 Ramadhan 1429H...
Berapa ramai umat islam saat ini telah menyiap siagakan diri untuk persiapan raya...lebaran dtang sekali setahun j...
ya ALLAH, orang2 'alim ulama' menangis saat akhirnya ramadhan.....bisakah lagi ketemu bulan barakah ni? ya ALLAH serase cepat benar masa berlalu....hr ini menggantikn esok, yang esok akan berakhir jua dgn lusa mengambil alih...bagaimna hati kami yg kotor ini...
kekadang sedih memikirkan pengakhiran ramdhan bagai perginya menggigit2 ulu hati..kekadang pilu kenangkan saatnya ramdhan ini kurang amal yg menghiasi kehadiranny..oh kdangnya bila dgr lagu ry hatiku sendiri turut serta berlagu2.....
hakikatnya ramdhan ini kan tetap berakhir......................................


ALHAMDULILLAH, pengisian di ramadhan. semalam dapat mengisi ruang malam ramadhan dgn sirah rasulullah saw dan sahabat baginda. ada sahabat yang sudi bercerita & berkongsi mengenai ghazwatul badar wa uhud. syukran jazilan. masing-masing top up mana2 bahagian yang tahu. moga mendapat sesuatu dari perkongsian ini dan kita gunakan untuk kerja harian. insyaALLAH.
ingin ana memesan pada diri sendiri dan sahabat sekalian, jangan biarkan rohani kita kering dengan IMAN, ILMU, UKHUWAH.
ISILAH ia seindahnya dengan tazkiratunnafs. dan sebab itu kita juga digalakkan sentiasa bersama orang-orang soleh dan 'alim. apabila mendengar darinya, kita mengingati ALLAH. apabila memandang kepadanya, kita takutkan ALLAH. rebutlah peluang dan ruang di mana kita boleh berjumpa dengan orang-orang soleh dan 'alim ini. dengan menghadiri kuliah batin kita mendapat makanan dan kita hidup. inilah bahagia...
biarkan selalu hati kitabasah dengan kecintaan dan kerinduan padaNYA...
khusyukkan solat, jagalah hati.
umpama lagu OPik ,
ubat hati itu ada lima-
1.baca alquran dan maknanya.
2.mendirikan solat malam.
3.zikir malam berpanjangan.
4.berkumpul dengan orang soleh.
5.berpuasa.
ya ALLAH, golongkan kami dalam golongan yang mendirikan solat dan golongan hamba-hambaMU yang bertaqwa. selamatkan kami di dunia dan akhiratMU.
ku bertaubat padaMU , ya ALLAH...

Wednesday, September 17, 2008

ma fi qalbi, ghairullah.

salam di pertengahan Ramadhan...
ya ALLAH, fasa keampunanMU tiba kini...
ku ingin benar mencintai RamadhanMU sedalamnya hingga malamku tak sunyi dek tangisan...mogakan ini medan tarbiyyah, mogakan ini paksinya dan ku istiqamah di bulan2 seterusnya.

suka sekali ku buka blog ust. dzulkhairi...bila dapat je internet terus taip blog ust.dzul di adDress..serasa mindaku terbuka..kadang ketawa sendiri dengan ayat2 nya...tapi insyaALLAH ada mesej disebaliknya.
ALHAMDULILLAH
banyak kali ana berpesanan, pada sahabat-sahabat dan adik-adik untuk membuka dan selami blog ust. dzul..ia bukan copy paste, bahkan bukan diciplak dari mana2
tapi itulah ayat orang yang 'alim. betul, tiada dalam buku, cuma di blognya saja
subhanallah..alhamdulillah..
ALLAH, Kau telah anugerahkan ilmu buatnya. sehingga kami tidak kembalikan pujian kami pada yang lain kecuali hanya dikembalikannya padaMU cuma...
mari kawan2 , kita buka blog ust.dzul...kan antum dapat sesuatu yang amat bernilai...
nilaiannya di hati antum sendiri...kemudian sebarkan pada kawan2 yg lain.....insyaAllah sama kita ambil manfaat...

jadual di universitiku kadangkala padat sekali...kadang masih gagal lagi nk tentukan keutamaan. mementingkan apa yang lebih penting adalah suatu yang amat penting dan itulah yang terpenting ;)

ilmu,,,
ya ALLAH aku ingin jadi pencinta ilmu MU...ilmu MU luas ya ALLAH..
aku yang kena ubah gaya hidup...
mantapkan ilmu. setiap kali kluar rumah akan ku pastikan ada buku yg aku bawa..
hari selasa aku tetapkan untuk ke library...cari bahan, bawa laptop..taip assigmen, baca? tu belum masuk jadual...banyak nk kena study...microb...bioD...ya ALLAH mudahkan jalanku dan urusan ini


ukhuwah...
dah jarang aku ziarah kawan-kawan sekarang. mereka yang selalu datang menziarahi rumahku. mana pengorbanan masamu untuk mereka???
ya ALLAH, lembutkan hatiku takkala bersua kawan-kawanku
buat ukhti sebilik dengan ana..dah lama kita tak cakap2 kan...kesian nti, sll sibuk ya.. ana pula sll buat2 sibuk..perkara2 yang kita jnjikan masih tak dapat konsisten..ana mohon maaf nti...banyak buat nti kesot ngan ana kan? maafkan ana.....

sayap kiri ...
sayap yang membantu untuk penerbangan lebih sempurna...hm kalu tak ada sayap kiri memang tak leh terbang dah...kalu kanan tak ada? lagi2 lah...hmm bukan ke dua2 penting?
kanan dan kiri dua-dua penting. moga diriku sendiri mampu menjadi sayap kiri yang menenangkan dan mendokong penerbangan...
ya ALLAH, ku ingin cinta MU di tiap nafasku...jika ada cinta insan lain, moga itu kurniaan yang dapat membawa ku lebih akrab denganMU,,, izinkan ya Rabbi.
MA FI QALBI GHAIRULLAH..
ALLAHughoyati!


cincin dan kahwin
buat akhowat yang dah ALLAH temukan pasangan dan tak lama lagi akan masuki alam perkawhinan, moga dimudahkan jalan akhowat..ingat ya, selalu tambah ilmu..jadikan perkahwinan medan membaja redha ALLAH, AL-BAITUDDA'WAH!



"takkan hina jika meriba Islam. aku hina jika membuang Islam dari diriku, kerna Islam aku bermartabat. kerna Islam hidupku bagai berlian yang munawwar, kerna Islam aku jadi qana'ah, kerna Islam aku rasa dikasihi dan ingin mengasihi, kerna Islam aku masih mampu berdiri kerna padanya telah ALLAH janjikan 'kamu mulia jika kamu beriman'."


wallahu'alam.
-komander zinnera-