Tuesday, November 18, 2008

Suatu Tanpa Titik [1]


anugerah dari ALLAH, yang banyak menambahceriakan kehidupan
moga membesar jadi muslimah yang solehah...

alhamdulillah, segala puji-pujian hanya dipanjatkan kepada ALLAH SWT, Tuhan yang Maha Esa, Dia lah satunya Tuhan yang berhak disembah, Tuhan yang menciptakan, mentadbir dan memilik alam, Tuhan yang memiliki nama2 dan sifat yang baik, asma'ulhusna...

padaMU jua ya RABB, tempat ku sembah dan memohon pertolongan.. jangan KAU bolak balikkan hatiku, tetapkan imanku di jalanMU..


Permulaannya, suka saya mengambil satu firman ALLAH SWT dalam Surah Yusuf, ayat 108: "Katakanlah (wahai Muhammad); Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama ALLAH dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci ALLAH (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain.

Di sini saya juga petik kata Saidina Umar ra, Tiada Islam tanpa dengan jamaah, tiada jamaah tanpa dengan kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa dengan ketaatan.

ALLAH menganugerahkan Islam yang syumul kepada umat Nabi Muhammad saw. Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan, dari sekecil-kecil perkara bab makan hatta bab masuk tandas sehinggalah sebesar-besar perkara ada disebut dalam Islam, yakni bab pemerintahan negara dan kepimpinan. Bak kata, semua ada dalam Islam.


Islam yang ALLAH turunkan ini sudah lengkap, tak lagi memerlukan ideologi lain yang kononnya hendak membawa imej kebebasan dan pembangunan kepada Islam. Adakah Islam tak pernah memandang aspek pembangunan dan antarabangsa? Mereka yang mencari atau menokoktambahkan sesuatu untuk 'melengkapkan' Islam itulah yang sebenarnya tidak menyelusuri jalan dan sejarah Islam. Islam pernah menakluk dunia. Islam pernah gemilang. Jika nama saja Islam tapi siang dan malamnya menjadi tali barut barat dan yahudi, maka tunggulah jawapan dari ALLAH SWT. kerana telah ia mengharap redha manusia, sedangkan ketahuilah hai jiwa-jiwa bergelar hamba, hanyalah ALLAH pemilik kuasa dan alam ini. Tidakkah kamu berfikir, merenung dan melihat? Fikirlah, renungilah dan lihatlah. Moga-moga usaha diberkati dan mendapat hidayah dari ALLAH swt.

Di sini saya bawakan sifat-sifat khusus dan istimewa Islam yang enam :
Rabbaniyah- Agama Islam ini adalah daripada ALLAH swt. Manusia pula hanya pelaksana kepada segala yang telah ALLAH tetapkan. Ya, bukanlah manusia yang mencipta agama ini dan yang memberi nama, ia juga bukan diambil nama semperna sesuatu peristiwa yang berlaku. Tapi Islam ini menjadi aqidah yang mantap, satu gaya hidup dan identiti diri yang ia datangnya dari ALLAH yang Maha Mengetahui kehendak dan keperluan hambaNya, yang Maha Bijaksana dalam pengaturan hidup makhluk ciptaanNya. Seorang yang mempunyai hubungan dengan ALLAH disebut rabbani yang mana sudut rabbani ini terbahagi kepada dua:
1) Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan, yang menjadikan hubungan baik dengan ALLAH, pengabdian kepada ALLAH dan mendapat redhaNya adalah matlamat kehidupan.Inilah ajaran Islam yang bertujuan menyiapkan manusia menjadi hamba kepada ALLAH semata-mata.
2) Rabbani dari manhaj dan sumber, kerana ia bersumberkan wahyu ALLAH kepada Nabi Muhammad saw. Sumber ajaran Islam adalah ALLAH yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanaannya. oleh itu, Islam ini ialah wahyu ALLAH kepada Nabi Muhammad saw.

Syumuliyah- Ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek. Lengkap dan menyeluruh. Segalanya ada dalam Islam, tanpa terkecuali sekecil-kecil urusan hinggaah sebesar-besar perkara. Juga menjadi rujukan kehidupan manusia. Sudut kesyumulan Islam boleh dilihat dari sudut undang-undang, keadilan, kehakiman, negara, akhlak dan ilmu.

'Alamiyah- Sesuainya Islam ini untuk semua orang dan tempat. Islam ini untuk orang Arab, Melayu, Cina, Negro, India, bangsa Eropah dan bangsa-bangsa lain, sama ada kulitnya putih atau sawo matang, gelap atau separa gelap, matanya sepet atau bulat betul-betul, rambutnya lurus atau kerinting, rendah atau tinggi, pendek katanya tak kira fizikalnya apa dan siapa dia. Jadi, sudah pastinya ia bukan untuk suatu golongan dan bangsa tertentu saja. Islam ini sesuai untuk zaman Rasulullah saw dan juga zaman teknologi moden ini. Bahkan untuk masa akan datang juga. Ajarannya adalah sesuai hingga hari kiamat.

Waqi'iyah- Islam juga sesuai dan mengikut suasana dan tempat. Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupannya adalah mengikut tempat dan suasana umat Islam. Contohnya, di Malaysia, perempuan menutup auratnya dengan memakai baju kurung, di Arab perempuannya berjubah, di Thailand, China, India, Pakistan mungkin lain pula. Hukum menutup aurat itu tetap sama dan diimani oleh umat Islam tanpa membataskan apa-apa.

Inqilabiyah- Menegakkan Islam ini adalah atas keruntuhan jahiliyah. Islam ini tidak boleh bercampur dengan jahiliyah. Dengan kata lain, Islam tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh, dalam nak menegakkan Islam kita anjurkan seminar, ceramah dan aktiviti lain yang berunsurkan Islam tapi di satu masa yang sama menyokong kemaksiatan, kedai arak dibuka merata-rata, konsert diadakan besar-besaran. Sesungguhnya ini adalah suatu yang sangat tidak wajar. Kanak-kanak pun tahu mengerti akan hal ini.

Thabat dan Murunah- Bermakna Islam ini tetap dari segi hukum tapi ada anjal atau felksible dari sudut pelaksanaannya. Jika dicontohkan dengan solat, Solat fardhu itu adalah wajib, tapi bagi yang sakit dan uzur, boleh laksanakan cara secara duduk atau berbaring. bagi yang musafir boleh dilakukan jama' dan qasar.

Sungguhnya Islam ini amat indah. Terokailah ia, nescaya kan jumpa keindahan itu. Bersama perjuangkan kedaulatan Islam. Membina fardhul muslim --> baitul dakwah --> mujtama' muslim --> daulah islamiyah. Tarbiyyah+Dakwah+Siasah.

'ISLAM FOR ALL'


Hassan Al-Banna

Ya ikhwan, Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini. ALLAH mahu sinar dakwah kamu terpancar menerangi seluruh kegelapan ini. ALLAH melahirkan kamu untuk memartabatkan kalimahNya, mendokong syariatNya dan menegakkan semula negaraNya.

Wahai ikhwan, apa yang kita mahukan? Adakah kita mahu mengumpulkan harta sedangkan harta itu akan lenyap? Adakah kita mahukan pengaruh sedangkan ia suatu yang tak bererti? Bukan ini tujuan kita bekerja dan bukan itu arah dakwah kita. Namun, ingatlah sentiasa kita punya dua matlamat besar;

1. Membebaskan dunia Islam daripada semua cengkaman kuasa asing yang sememangnya merupakan hak semulajadi manusia. Hanya orang kejam dan diktator saja akan menafikannya.

2. Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini. Negara yang mampu melaksanakan hukum hakam dan sistem sosial Islam. Sebuah negara yang dapat menampilkan ajaran Islam yang sebenar dan dapat menyebarkannya secara bijaksana kepada semua manusia. Selagi negara ini tak wujud, selagi itu seluruh umat Islam berdosa. Umat Islam akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH kerana mereka dianggap cuai dan tidak berusaha mewujudkannya.

Kita mahu kedua-dua matlamat ini dicapai di lembah Nil ini, di negara2 Arab dan seluruh muka bumi yang ALLAH berikan anugerah untuk mengecapi nikmat Islam sebagai suatu agama, suatu identiti dan suatu akidah yang menyatukan seluruh umat Islam.

-hassan al banna; Himpunan Risalah Imam Hassan al Banna. m/s 217.

...Suatu perkongsian dari pena berrujukan.

Wallahu'alam.

1 comment:

nobody_fn said...

untukMU jiwa2 kami,
utkMU jiwa dan darah kami,
wahai ISLAM tercinta..
(adpt n edited by song of PALESTINA tercinta)

jus wanna wish u..
"salam aidiladha wat izyan sekeluarga" (",)