Wednesday, November 4, 2009

CoRetAn Al-Bayt [ ii ]

Bismillah walhamdulillah.

Masih Allah perjalankan kita dengan nikmat iman dan islam, meletakkan perjuangan di pundak... berentak hebat di persada dakwah, posisi mu dan posisiku

Sedikit perkongsian sebagai permulaan.. moga Allah memberkati semua. Mohonlah redha ALLAH selalu, dan selalu mengerjakan apa yang ALLAH redhai

siiru 'ala barakatillah..

“Masih ramai di kalangan kita yang masih tidak begitu memerhatikan saranan Rasulullah SAW agar si lelaki mengutamakan perempuan yang solehah dan si perempuan mengutamakan lelaki yang soleh dalam memilih pasangan. Barangkali kita lupa bahawa matlamat sebuah perkahwinan itu adalah untuk akhirat. Ingin mendapatkan kedamaian dalam rumahtangga, memberikan ketenangan dalam beribadat, memberi peringatan yang baik dalam melayari kehidupan, melahirkan zuriat yang soleh dan solehah dan sebagainya itu semuanya adalah untuk kepentingan dan maslahat akhirat.”
Kepada muslimin Rasulullah telah memberikan panduannya sebagaimana sabdanya:
“Perempuan itu dikahwini atas empat perkara, iaitu: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, atau kerana agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Untuk muslimat pula, Rasulullah telah memberikan dua syarat pilihan iaitu muslimin yang beragama dan berakhlak mulia. Rasulullah SAW bersabda : “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

Ya muslimat,

Ayuh, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu agama, ilmu rumahtangga, ilmu pendidik, ilmu hubungan kekeluargaan dan naluri keibuan kerana semua ilmu ini membantu perjuangan zauj kalian kelak, dan dapat mengemudi bahtera keluarga kalian ke arah keredhaan Allah.

Ya muslimin,Ingatlah pesan Nabi ALLAH saw...

“Rahsiakan niatmu hendak meminang. Ambillah air wudhu’ dengan cara yang sebaik-baiknya, kemudian solatlah sebagaimana yang diajarkan Allah Taala kepadamu. Pohonlah puji syukur kepada-Nya dan agungkanlah Dia, lalu ucapkankanlah: “Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak dan Engkau Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib. Jika Engkau memandang pada diri si fulanah –(sebutkan nama sebenarnya)– terdapat kebajikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah dia bagiku. Jika ada wanita lain yang Engkau pandang lebih baik bagiku takdirkanlah dia bagiku”

Editted.


(credit to: baytulmuslim.blogspot)

No comments: