Monday, January 18, 2010

Syurga adalah kelazatan~

Bismillah..
Dengan namaNya ALLAH Yang Maha Mulia aku mulakan..
Sekejap cuma, sebelum masuk 'keja'..
terasa ingin mengpostkan suatu

Entry mengenai arwah masih dalam pembikinan..insyaALLAH akan dipostkan

YA ALLAH, mudahkan urusanku
kedua ibu bapaku, sanak saudara,
sahabat muslimin muslimatku dn mujahid mujahidah
yang telah mewakafkan diri harta untuk MU!

Syurga adalah kelazatan~

Friday, January 15, 2010

Tinggallah al Fana Tuju al Baqa' (i)

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti
Malu bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri
Aduhai Muslimatku sayang~

Tuesday, December 15, 2009

Penghujungan Hijriyyah ini

Bismillah walhamdulillah

sedikit perkongsian dipermulaan: http://pemudabesut.blogspot.com

*hukuman rejam sampai mati di Somalia..


Penghujungan 1430H

Seorang ahli akhirat akan semakin terungkai daripada tubuhnya ikatan – ikatan duniawi dan tali – tali akhirat semakin galak memegangnya dengan kuat. Dia semakin mencintai akhirat dan menggilainya. Dunia semakin jauh meninggalkannya dan dia tidak akan berpaling lagi kepadanya.

Adapun ahli dunia, tali – tali duniawi terus mengikatnya dengan lebih kuat. Dunia menagih hutangnya yang belum langsai. Kezaliman dan kemusnahan yang dilakukannya menghambatnya sehingga sukar sekali tali – tali akhirat untuk mengikatnya. Ketika akhirat memanggil - manggilnya, dia terus menjengah pada dunianya yang penuh soal dan tanya.
http://nikabduh.wordpress.com

ALLAHUMMA ANTA RABBI!
INI tahun yang bermakna dalam detik2 ku lalui..
Awalnya hingga ke saat penghujung..
DIA 'hadiahkanl ku banyak perkara dan hal sekali. Aku mendamba redhaNya dalam kerja buatku, tapi ini ganjaranNya. Taklif dunia untuk akhirat, banyak memberi arti dan mengajar kematangan ini. Aku mula mengorak, pertemuan2 dengan si 'alim2 yang ku cintai kerana mereka sungguh2 mencintai ALLAH dan RasulNya.. aku mendengar seringkali bait2 cinta mereka yang terkait sungguh rapi, bahkan apalah sumbangsihnya aku di dalam karya dakwah ini? aku memegang taklif ini sambil berlari dan ada kalanya aku merangkak kerana aku tersungkur dan tak berdaya bangkit sendiri. namun CINTA ALLAH buatku sedar bahwa aku tak sendiri. DIA sentiasa ada. keluarga dan teman2 adalah pemukul sebati. aku membayangkan... mereka bersama sebat, lalu aku bergerak..namun KASIHMU YA ALLAH tetap bersama ku walau aku jatuh lagi dan lagi.
KINI aku di penghujungan...
kitabku akan dihitung dan bertemu Pemilikku
Alahai bagaimana sudahnya...
YA ALLAH aku mengerti apa saja yang ku lalui aku mohon redhaMU bersamaku,
berkatilah tahunku yang bakal sudah ini dan tahun yang bakal ku tempuh
aku yakini MU YA ALLAH, bersama belaian MU YANG MAHA LEMBUT!

~muhasabah bertandang detik demi detik..
plan bersambung.
ALLAHUAKBAR! WALILLAHILHAMD!

Thursday, December 10, 2009

tentang al-Bayt [v]




alhamdulillah
masuk blog betar amik pluang wish 'Selamat Pengantin Baru'
untuk housemateku, anakbuahku, dan shabat sperjuangan; ukhti adibah dan bakal zaujnya ;)
tgu kawe mai deh ;]

p/s: doa di atas ana tujukan juga buat pasangan pengantin baru u.dzulkhairi (x-presiden gamis), ust. yus (x-mt gamis) dan us.mior isfandy (pmn)

gambar boleh link ke

wassalam.

Friday, December 4, 2009

ALLAHUMMA ANTASSALAM

Bismillah walhamdulillah
moga diri mu dan diri ku tetap dalam peliharaan ALLAH.

Petang ni pengemabaraanku bermula
Moga2 kekuatan dicari+dipetik spanjang di prantuan, dapat dijadikan bekal
(moga tidak ku lupa utk packing 'mereka' kemas2 dalam beg nnti)

**Buat yang mengunjungi laman ini, dari dulu hingga kini, (tak tahu berapa ramai, mungkin stat hari ni dah boleh kira sbb dah letak hit counter)... terima kasih dalam tatihku belajar.titipkan doanya juga..

**Kata teman: "ALLAH sgt syg dgn nti..."
Kata sahabat: "Ubatnya adalah syukur, sabar dan redha..."
Kata2 mereka cukup banyak dan indah, yang tak pernah putus dan jemu untuk aku..Mereka benar2 sahabat dunia dan akhiratku..yang selalu pasakkan keyakinan ku pada ALLAH dan tetap tegar mengukuhkan pergantunganku pada NYA.
Kini aku pula yg perlu berpraktik.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Bahtera Kehidupan terus berlayar~

ALLAHUMMA ANTASSALAM
WA MINKASSALAM
TABARAKTA YATHAL JALALI WALIKRAM

Ya ALLAH, selamatkanlah perjuangan Islam.

"YA ALLAH SELAMATKANLAH ISLAM DAN PEJUANG NYA."

Mutaakhir ini banyak sekali pengujian ALLAH datang pada hamba2Nya yang beriman, memperjuangkan Islam di posisi masing-masing.
Melihat kepada sirah nabi saw dan para sahabat mereka dihina dan dicaci kerana membawa islam, menyuruh umat mentauhidkan Allah, tidak menjadi hamba kepada dunia, duit dan pemerintah. ini dia resam.. yang lagi meyakinkan mereka yang sakit itu bahawa jalan inilah jalan perjuangan yang tiada masa rehat dan senang lenang. Ini dia hadiah ALLAH... Dunia tempat waqafan.

Tuan Guru Presiden dan Mursyidul Am juga disebut2..hingga ada yang menjatuhkan, malah menyedihkan lagi menghina mereka.. Walau pun sesetengah pihak tak menerima atau mengiktiraf mereka sebagai ulama' tapi jangankan sampai menghina insan ini, kerana sedar2 lah diri kita juga tak sempurna. bahkan lebih mulia mereka dengan ayat2 Alquran di mulut, hadith nabi apatah lagi, malah mampu untuk mengqiaskan..sedangkan pihak yang mencaci, kau mampu ke membaca alquran sebaik mereka, bahkan adakah kau itu alhuffaz?
Jangan hina mereka yang mengangungkan Allah, menuruti sunnah Nabi saw dan memuliakan alQuran.

ISLAM itu untuk kita tegakkan. Jangan kita lagi2 menjadi batu-batu panahan membakar hujung cebisan Islam, sedikit demi sedikit!

BANGUNLAH, JULANG ISLAM.
BAWA ISLAM KE SERATA.
ISLAM INI AGAMA FITRAH, CARA HIDUP YANG UNGGUL.

MASANYA UNTUK MERUBAH KEPIMPINAN YANG TAHU HUKUM ALLAH, HALAL HARAM. YANG MAMPU MENGIMAMI SOLAT DAN MASYARAKAT! BUKAN HANYA MENJAJA 1 MALAYSIA!

ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD!!!

Zinnirah: Srikandi Harum Namanya

Kisah seorang muslimat sejati bernama 'Zinnirah' adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya.

Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba.
Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani.
Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W.
Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar.
Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

Wallahuta'ala 'alam.
'Mampukah aku seperti atau mendekati pribadi srikandi ini?'

SEGALA PUJI-PUJI HANYA BAGI MU YA ALLAH.