Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum, doa kesejahteraan buat semua umat Islam dan pengunjung blog ni.
Sudah lama terbiar, kini kembali dengan semangat namun tetap punya keterbatasan2 waktu menyebabkan ada je entry terkandas di landasan 'save'.
Sedikit perkongsian di blog ini, kali ini, lebih menyentuh kanvas kehidupan ku, 'abid ilallah yang tak lepas dari pahit dan manisnya,
sebagai tarbiyyah yang continues. Pengalaman yang
tak mungkin dapat dibeli di mana2 bersama k.long, before her walimah ;)
Alhamdulillah, baru ni diizinkan Allah untuk menjejak ke Pesta Buku Antarabangsa 2010.
Seingatnya aku, ni pertama kalinya berpeluang dan punya perasaan nak pergi.
Yang gembiranya, banyak sangat kitab-kitab di sana. Tapi sayangnya fulus tak sehebat harga2 kitab yang terpamer. Setelah tour yang mencabar selama hampir 2 jam, aku dan k.long berdirilah di hadapan PWTC. Masa tu dah masuk pukul 6 petang. Menjejak kaki pertama dan melihat bangunan PWTC, membuatkan hati aku berbunga sungguh. Dari tempat parking, kami terus bergegas ke lif.
Naik ke tingkat 2. Gerai pertama kami singgah menjual buku2 lama dan harganya hanya sekitar Rm 2 hingga Rm5. Berebut-rebut kami pilih buku-buku yang best. Kena cover sikit, sebab bimbang lebih bajet. Kami keluar dengan beberapa buah kitab senipis 2-3 cm. Berbaloi dengan isi yang teramat mantop! Antaranya, kisah 'Baiah Muslimat Terhadap Rasulullah saw', 'Misi Abu Bakar As-Siddiq' dan 'Kebangkitan Generasi Muda'.
Singgah lagi di 1 gerai, terkumpul di satu sudut buku terbitan Pustaka Azhar. Banyak juga yang best tapi yang paling menarik perhatian dengan isi dan ilmu yang ku cari ada dalam 1 buku, 'Malam Pertama di Syurga' karangan Adil Akhyar.
Turun ke tingkat bawah dan kami masuk ke gerai yang agak besar, Penerbit Darul Salam. Kitab-kitab terjemahan dan karangan Arab menimbun. Aku bagaikan masuk ke Istana Kitab! Mata jadi berpinar. Semua kitab macam bercahaya dan berkelip-kelip. Huf... Ya ALLAH, hanya KAU Maha Tahu betapa seronoknya waktu tu. Nak kitab apa, macam2 ada... tapi fulus...
Berpusing-pusing di gerai tu, kami beli tiga buah buku dan dapat potongan 30%. Salah satu buku bukpernah dipublish dalam blog 'nurlailadarwis'. Semulanya, aku tak tahu menahu tu novel, lalu aku capai setelah tengok harga yang agak2 ok, sebab nak berkejar balik dah time tu. Tup2 buka lepas tu, rupanya novel... 'Mujahadah Cinta, Sepasang Hati', karangan Jon Hariyadi. Nak katanya, ceritanya sangat bagus. Penuh dengan sunnah2 Nabi saw dan kalau 1 muka surat tak ada ayat al Quran @ Hadith @ ayat2 peringatan, tak sah. Alhamdulillah, banyak peringatan yang aku dapat darinya...
'Hm, memang teramat sesuai untuk mereka yang macam andak dan ateh..' ;)
Kami lalu berhajat nak ke gerai Penerbit Hidayah. Di sana dikatakan lagi banyak buku, namun Allah tak mengizinkan kerana kawasan gerai telah ditutup. Air dari hujan lebat naik melimpah dari sungai di tengah2 PWTC. Saat tu lah, Allah mentarbiyyah perasaan aku agar punya rasa lebih redha. Baru saja disajikan dengan kegembiraan berada di 'Istana' tadi, lalu Allah menyajikan lagi dengan keadaan ni. Memujuk hati, ada hikmah Allah aku tak dapat ke gerai tu...
Penat dan letih belum hilang, dan kami harus meneruskan perjalanan untuk pulang dalam hari yang makin gelap dan hujan renyai2. Hingga akhirnya,
letih itu dilepaskan setelah sampai di RnR Rawang.
Alhamdulillah. Hanya HAMDALAH aku mampu ucapkan
takkala mengenang balik 'journey to pwtc'.
DIA lah Pemelihara dan Pelindung terbaik!!!
Memaku lagi Tauhidku akan kebesaran dan keagunganMU, Ya 'ADZIM!
~Ini bukan sebarang journey. Ia Journey menambah Imanku...
Pesta buku, tahun hadapan kita bertemu lagi.. Jika diiziniNya..;)