Monday, March 29, 2010

Sketsa 'Abid

Jibrail as pernah mengingati Rasulullah saw:
“HIDUPLAH kamu sebagaimana yang kamu kehendaki, tetapi ingat bahawa kamu akan MATI. Dan CINTAILAH sesiapa yang kamu kehendaki, tetapi ingat kamu akan BERPISAH dengannya.
Dan BUATLAH apa sahaja yang kamu kehendaki,
tetapi awas kamu akan DIBALAS atas apa yang dilakukan itu.
Dan ketahuilah, bahawa KEMULIAAN orang beriman itu terletak pada QIAMULLAILNYA
dan KEHEBATANNYA bila ia TIDAK BERGANTUNG pada orang lain.”
[Hadith riwayat al Hakim dan Abu Na’im]

Hadith ini begitu mengajar ku dalam meniti arus kehidupan dini hari.
Peringatan buat hatiku yang sering kali dilanda taufan leka yang membunuh nyawa kejiwaanku sedikit demi sedikit.
Aku ingin menikmati kehidupan ini dengan sketsa cintaNya.
Siapa tidak mahu merasa CINTA AGUNG itu!
CINTA yang menenangkan saat kegelisahan
CINTA yang memberi kekenyangan bila mana kelaparan dan kedahagaan teramat sangat
Kegersangan langsung terubat dengan keSyahduan
Yang melapangkan dengan Qana'ah saat kekurangan..
Ya ALLAH, aku juga ingin seperti mereka..
aku ingin takhta yang mulia dalam pandangan MU
aku ingin jadi hamba MU yang KAU redhai..
Alahai apa sudahnya diriku ini..
Aku ingin cintaMU..
Aku rindu sangat Ya ALLAH...
Jika aku cinta manusia, yakni mereka hambaMU yang aku akan berpisah dengannya dan mereka pasti akan meninggalkan aku satu waktu nanti...
Lalu hiburkan lah aku dengan cintaMU yang indah dan mendamaikan itu, Ya ALLAH..
Ya ALLAH terimalah amalanku..
Jadikan aku antara hamba2 Mu yang melazimi solat malam dan hilangkan pergantunganku kepada orang lain, melainkan sanya hanya dengan MU aku berlindung..
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tologlah kami menghadapi orang-orang kafir."


Sampailah waktu ajal kan datang
Malaikat maut segera menjelang
Dicabut nyawa tiada terbilang
Sakit terasa bukan kepalang.
Mati itu terlalu sakit
Di dalam kubur terlalu sempit
Ular dan kala datang mengigit
Papan dan bumi pula menghimpit.
Masuklah mayat ke dalam bumi
Munkar dan nakir tanyakan diri
Tiada terjawab amalan sendiri
Dipukul malaikat ke dasar bumi.
Setelah dikubur baru menyesal
Teringat diri membuat dosa
Teringat diri Tiada beramal
Tak mungkin lagi pulang ke dunia.
Mati itu terlalu lazat
Bagi syuhada’ di medan jihad
Oleh lah itu wahai sahabat
Iman di dada perlu ditingkat.

Allah..Mari, terus-terusan mengumpul bekal untuk bahgia mengadapNya di sana, walau di posisi mana kita berada. Maafkan segalanya dari ku, ibu ayah, sanak saudara, teman-teman...

ALLAHUAKBAR!



No comments: