Wednesday, December 2, 2009

Allahu Ya Qabidh

AL-QABIDH
~ YANG MAHA MENYEMPIT

Saat ini ikhwah akhowat ku mari sama2 kita bertahmid… memuja memuji Allah yang padaNya sanya berhak IA mendapat pujian… ALHAMDULILLAH.

Allah itu AL-Qabidh.
“…dan Dia telah menciptakan segala sesuatu dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.” –Surah Furqan , ayat 2.

Al-Qabidh itu kata akarnya bermakna ‘sesuatu yang diambil’ dan ‘keadaan terhimpun pada sesuatu’. Daripada sinilah lahir perkataan yang memberi makna menahan, menggenggam, menghalang, kedekut dan menyempitkan.

AllahulQabidh, mempunyai hak bagi menahan atau menggenggam, menghalang dan menyempitkan rezeki seseorang apabila pada pandangan Allah hak itu memang patut dilakukannya. Selain itu, Allah juga berhak memendekkan umur, kuasa, nama baik dan sebagainya daripada hambaNya. Sudah tentu, tindakan itu hanya Allah yang tahu kerana semua hambaNya berada dalam pengawasan dan genggangamanNya…

Apa saja yang sudah terjadi adalah keputusan Allah…yang pada hakikatnya segala itu punya kebaikan buat manusia.

Dengan menyedari Allah itu berkuasa menyempitkan dan menangguhkan sesuatu bagi hambaNya, ia dapat mendorong kita supaya lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Seseorang perlu lebih berwaspada apabila dia diamanahkan dengan jawatan presiden, menteri, pengarah… ulama’, amir, amirah, ustaz, ustazah, imam, ketua persatuan atau program dan hal seumpamanya…
Hal ini disebabkan , apabila Allah melihat ada yang tidak kena pada tingkah laku hambaNya, Dia bisa mengambil tindakan dengan 2 tujuan: menghukum ataupun memberi peringatan…Allah…

Apabila Allah menghukum, bermakna apa yang Allah taklifkan pada hambaNya telah disalahgunakan sehingga tiada tolak ansur lagi, menyebabkan hukuman diberikan sebagai pengajaran dan iktibar. Dalam sejarah, kita lihat ramai sekali pemimpin menjadi zalim dan menyalahguna kekuasaan yang ada… disebabkan kekuasaan, mereka sewenangnya membunuh rakyat tiada dosa, hidup dipenuhi darah dan ketakutan. Allah menjatuhkan hukuman berat kepada mereka. Bahkan, mereka dianggap pelaku jenayah yang mencabul hak manusia oleh generasi berikutnya.
Contohnya, kita ambil Firaun di Mesir seperti yang diceritakan dengan jelas oleh Allah dalam alQuranul kareem. Contoh lain yang lebih dekat zamannya dengan kita ialah Adolf Hitler dari Jerman, Benito Musolini dan Joseph Stalin dari bekas Kesatuan Soviet. Mereka ini adalah pemimipin yang terpengaruh dengan teori evolusi Darwin.
Juga yang jelas dan perlu jelas pada umat islam, seorang pemimpin yang pernah menjatuhkan islam dengan kekuasaan yang ada dan kepimpinannya yang ‘gila’ adalah Kamal atTartuk la’natullah.
Ada tika Allah menyempitkan, kerana mahu memperbaiki tingkah hambaNya. Allah Maha Mengetahui bahwa yang dilakukan hambaNya itu adalah khilaf. Allah tidak serta merta menghukum hambaNya tanpa didahului dengan peringatan yang pelbagai bentuk. Sehinggakan bagi mereka yang faham, mereka segera sedar apa yang sedang mereka lalui adalah teguran yang halus daripada Allah.

“Sama sahaja bagi mereka sama ada kamu memberi peringatan kepada mereka ataupun kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.” [Yasin;10.]

Oleh itu, ikhwah akhowat, marilah kita sentiasa bermohon kepada Allah, sebagaiman dalam [surah as-Syuara’; 83];
“Rabbi habli hukman” (Tuhanku, berikan ku kefahaman), supaya kita dapat menangkap apa sahaja bentuk peringatan yang datang kepada kita.

Syeikh ahmad athailllah, menasihatkan kita, “Janganlah hairan apabila terjadi hal-hal sukar selama kamu berada di dunia ini. Sesungguhnya, dunia itu tidak dilahirkan melainkan sudah menjadi hak sifatnya dan ditetapkan sifatnya.”

Muslimin, muslimat yang dimuliakan Allah swt,
Mungkin ada yang tidak bersetuju kerana jika begitu untuk apa kita hidup kalau hanya mengalami masalah dan kesukaran? Di sinilah silapnya kita apabila berfikir. Belum ujian dating kita sudah hilang keyakinan bagi menhadapi ujian ini. Sepatutnya kita mengerah fikian, tenaga dan masa bagi mengahadapi ujian sehingga kita dapat melihat bagaiman hasil akhirnya.

Menurut Fethullah Gulen dari Turki; ujian adalah proses bagi menentukan nilai kita, untuk mengetahui apakah kita ini besi atau emas. Kita diuji dalam apa yang kita perjuangkan. Suatu har, kita akan masuk ke naugan Allah dan mempertanggungjawabkan diiri kira sendiri, “Dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka pada apa yang dahulu mereka lakukan.” [Yasin: 65]


SUmber Redha

“Ketika aku menemui kehidupan (duniawi), ku temui akhir kehidupan adalah kematian.” [as-Syahrastani]

Ya ALLAH, Ya Qabidh,
Akulah pencinta yang menderita, wahai Kekasih,
Ku tidak akan meninggalkanMu
Walaupun Kau belah dadaku dengan belati,
Ku takkan meninggalkanMu
Walaupun mereka memotongku seperti mereka memotong Zakaria
Letakkan gergajimu di kepalaku oh penebang
Ku takkan meninggalkanMu
Walaupun mereka membakar menjadi debu dan meniup debuku
Mereka akan mendengar debuku mengeluh;
Wahai penutup(dosa2)
Aku tidak akan meninggalkanMu…
[Nasimi]


~ bila rasa disakiti oleh orang lain, bacalah alQabidh sebanyak 100kali. Biiznillah, yakini ntum akan tehindar daripada ancaman mereka.
[khasiat asma’ul husna]


:: Ya Allah, Kau Maha Mengetahui setiap segala yang berlaku dunia akhirat, di langit dan bumi serta seisinya... lalu apa yang menyebabkan aku boleh berduka lagi dengan aturanMU.. iziniku lalui kehidupan ini dalam redhaMU ya Allah...
Kau mampu menghina dan memuliakan sesiapa yang Kau mahu..
Allah...

3 comments:

khaulah mujahidah said...

kalam dari kejauhan..

mengenali asma Allah merupakan langkah ke arah ma'rifatuLlah..
ucapkan hamdaLlah kerna diberikan ruang dan peluang u terus menikmati keindahan asmaNya tatkala dirimu diuji..

ujian yg berat semampunya diberikan kepada hambaNya ini.. kerna DIA tahu, hambaNya ini akan terus menyeru namaNya.. terus memujiNya..terus berzikir kepadaNya.. bukankah itu suatu tanda kemantapan aqidah..

istighfar atas kesilapan yg dilakukan.. kerna sayangNya padamu, terus dibalas kesilapan itu dengan kafarah yg bertujuan untuk menyucikan dirimu..

dan aku.. masih lagi dalam pencarian.. untuk benar2 meraih cintaNya.. tempoh yg agk lama berbanding dirimu, walaupun masa terasa begitu singkat utk aku benar2 temui titik noktah dalam pencarian.. kerna itu sahabat.. bersyukurlah dengan apa yg diberikan.. masih ramai yg lebih derita berbanding dirimu.. walau zahirnya tidak terlihat..

moga yg terbaik menjadi milikmu.. teruskan mujahadah.. dan doakan ana.

Anonymous said...

kalam mu ku baca dan ku titipkan balasan jua dari prantuan...

maaf, mgkin ukhti di nadwah skrg..cdhnya,ana xdpt join skali..masih mncari kekuatan untuk pulang...

ukhti,
mna mungkin ana blh senyum sj lihat shbt2 ana suma p prktikal tp..ana msh d tjg mlim..
mna mgkin ana blh duk diam sj takkala shbt2 ana bertngkuslmus brainstorm tntg jf, tp ana..di pinggiran. . .
mna mgkin ukht ana blh tahan bila ntum suma dah grad, blh amik gmbr sma2,dgn jubah...tp ana cuma blh liht dr jauh..@xdpt tgk sb ana msa tu mgkin tgh prktikal jauh dr ntum...ya Allah, beratnya ukhti...

Allah Maha Sempurna
ana yang salah, nilah kifarah buat ana..
ukhti jk itu brlaku, mg2 ukhti
xjauh dn lupakan ana
wlau cuma mampu nti doakan, titipkan lah buat ana..
mungkin hr ini,ana msh mampu menenangkan dri, esok ana bimbang sgt2..
Allah, mg asma'MU menghias hri2 kami...
ya Allah Kau tahu akan keupayaan kami, jgn Kau uji kami dgn luar batas kami ya Rahman ya Rahim...
berkati kehidupan kami...

p/s: alhamdulillah hari ni stat ajar adik2 dr fmily muallaf, dr.siti ajak..mg kebajikan ni mmpu menghapus dosa2ku..
malam ni adik amiera dan alissa tidur umh kita, suka sgt tgk mrk nti..bijak,kacukan melayu+cina. kakak dn adik prwatakan kontra. kakaknya lembut, adiknya brutal..huu.. nnt ana tnjuk nti gambr mrk k..

p/s 2:ya Allah tenangkan hati sahabatku ini.. dia jua dalam pengujianMU
aku tak mampu jadi penyandar baginya,saat dia perlukan sandaran..namun,
Kaulah sebaik2 sandaran ya Allah..jgn tinggalkan dia sndirian, bantulah dia dalam kehidupannya..dlm keputusannya..

buatmu dn driku yang hanya hamba, ini dia ayat cinta ALLAH:
HASBUNALLAHUWANI'MALWAKIL~

:zinera.

Norhafizawati said...

Buat Orang Muda.
Acara kamu masih menunggu puncaknya
walau terkadang salah bicara
Namun DIA tetap cinta
Walau terkadang sasar gayanya
DIA tetap menunggu dirimu berbicara
Bicara cinta antara kamu dan DIA
Bicara cinta agung yang pasti tiada taraNya
Berbahagialah orang muda
Yang pasti tahu datang dan perginya,
hanya disisi Tuhan yang ESA