Friday, December 4, 2009

Ya ALLAH, selamatkanlah perjuangan Islam.

"YA ALLAH SELAMATKANLAH ISLAM DAN PEJUANG NYA."

Mutaakhir ini banyak sekali pengujian ALLAH datang pada hamba2Nya yang beriman, memperjuangkan Islam di posisi masing-masing.
Melihat kepada sirah nabi saw dan para sahabat mereka dihina dan dicaci kerana membawa islam, menyuruh umat mentauhidkan Allah, tidak menjadi hamba kepada dunia, duit dan pemerintah. ini dia resam.. yang lagi meyakinkan mereka yang sakit itu bahawa jalan inilah jalan perjuangan yang tiada masa rehat dan senang lenang. Ini dia hadiah ALLAH... Dunia tempat waqafan.

Tuan Guru Presiden dan Mursyidul Am juga disebut2..hingga ada yang menjatuhkan, malah menyedihkan lagi menghina mereka.. Walau pun sesetengah pihak tak menerima atau mengiktiraf mereka sebagai ulama' tapi jangankan sampai menghina insan ini, kerana sedar2 lah diri kita juga tak sempurna. bahkan lebih mulia mereka dengan ayat2 Alquran di mulut, hadith nabi apatah lagi, malah mampu untuk mengqiaskan..sedangkan pihak yang mencaci, kau mampu ke membaca alquran sebaik mereka, bahkan adakah kau itu alhuffaz?
Jangan hina mereka yang mengangungkan Allah, menuruti sunnah Nabi saw dan memuliakan alQuran.

ISLAM itu untuk kita tegakkan. Jangan kita lagi2 menjadi batu-batu panahan membakar hujung cebisan Islam, sedikit demi sedikit!

BANGUNLAH, JULANG ISLAM.
BAWA ISLAM KE SERATA.
ISLAM INI AGAMA FITRAH, CARA HIDUP YANG UNGGUL.

MASANYA UNTUK MERUBAH KEPIMPINAN YANG TAHU HUKUM ALLAH, HALAL HARAM. YANG MAMPU MENGIMAMI SOLAT DAN MASYARAKAT! BUKAN HANYA MENJAJA 1 MALAYSIA!

ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD!!!

Zinnirah: Srikandi Harum Namanya

Kisah seorang muslimat sejati bernama 'Zinnirah' adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya.

Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba.
Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani.
Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W.
Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar.
Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

Wallahuta'ala 'alam.
'Mampukah aku seperti atau mendekati pribadi srikandi ini?'

SEGALA PUJI-PUJI HANYA BAGI MU YA ALLAH.

Thursday, December 3, 2009

cItRa seorang hamba

Bismillah walhamdulillah

Kanvas kehidupanku bercorak rawak
Pelangi tak dapat menandingi
Kerna lakaran ini lebih abstrak

Senyuman suria senja tak selembut embun yang menitis
Burung berkicauan lunak merdu kerna dalamnya punya zikir
Hati jadi bak sutra
Lembut berbaldu nian perindu

Malam begini sepi skali
Semua jasad membaring
Kecuali satu
Ia sang pencinta

cInTanya indah mewangi
Bukan bujukan jua omongan sia-sia
Citra batin bak munawwar
Paradigma sejajar Impiana membujar
Ya, ia menenangkan bangat,
CintaMU ya WADUD...

Warkah pinjaman dari ukht itu punya kisah
Kisah yag bisa buat hatiku terpaku
Dipaku sekemasnya..

Kisah Hamka mengisi..
Dia seorang 'alim yang diuji, dipenjara olh pemerintah..
Ibuku pernah memperkenalkan diri hebat itu, satu tika dulu..
Di penjara, beliau punya kesempatan menyelesaikan Tafsir al Azhar,

"Semasa perkembangan politik Indonesia di bawah rejim Sukarno semakin buruk, Hamka sebagai tokoh masyarakat dan ulama' tidak luput dari pelbagai hasutan.
beliau dituduh menyelenggara mesyuarat gelap menyusun rancangan hendak membunuh Presiden Sukarno dan atas tuduhan itu, beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Tteapi, rupanya penjara ini membawa hikmat sendiri bagi beliau, Hamka. meminjuam kata-kata pakar Islam dari Belanda, Karel Steenbrink, kehidupan Hamka dalam penjara adalah tempoh ' a time of grace'; waktu yang berkat kerana beliau mempunyai waktu bagi menulis sebuah tafsir alquran yang lengkap.Hamka jua menceritakan pengalamannya di penjara seperti diceritakan ini pada anak-anaknya:

Di samping hati mereka puas, kerana memenjara saya, ALLAH melengkapi apa yang dikatakannya dalam surah at-Taghabun ayat 11, iaitu segala musibah yang menimpa manusia adalah dengan izin ALLAH belaka. asalkan manusia beriman teguh pada ALLAH, pasti ALLAH memberikan hidayat ke dalam hatinya. ALLAH rupanya mengkehendaki supaya masa terpisah dari anak isteri selama dua tahun dan terpisah dari masyarakat dapat saya gunakan bagi menyelesaikan pekerjaan yang berat ini iaitu mentafsirkan alQuran. sekiranya saya masih di luar, pekerjaan ini tidak mungkin selesai sampai saya mati. masa 2 tahun itu saya gunakan sebaiknya. dengan petunjuk dan hidayat ALLAH yang maha kuasa beberapa hari sebelum saya dipindahkan ke dalam tahanan rumah saya habiskan lebih kurang dua bulan bagi menambah mana yang kurang."



-hamka

Subhanallah, aku terpana. Sampai begitu aturanNya ALLAH! aku belum jua di penjarakan. aku belum juga merasa sakitnya perjuangan dengan derita zahir dan batin.. datang 1 ayat NYA membuat aku tambah tersentak; ya! mana mungkin aku katakan aku beriman, sedang aku belum diuji???
Inikah yang telah KAU damparkan buatku... ya ALLAH?
Inikah... ujian inikah?
Kalau betul...oh pahit benar..
aku tak mampu nak manage diri..sistem dunia ini aku tak boleh nak gi..
aku dengar ramai yang lari lalu hanya menumpukan pada pembentukkan tarbiyah diri..aku juga mahu seperti itu.....aku juga mahu lari. aku tak boleh nak gi!!!
tapi... ALLAH, wajah mak ayah datang..sedihnya..aku tak m a m p u.
mereka masih lagi bertahan. beruntungnya..aku? oh aku perlu kuat! MUJAHADAHLAH!

Maafkan ku teman2..
Maafkan ku Islam..
Maafkan ku perjuangan..
Ampuniku ya ALLAH!
...YA GHAFFAR!

Izinilah hikmahMU ku singkap...ampunkan ku andai aku leka.
Jangan ku sampai tegar dengan pengujian dan kegagalan ini, ya ALLAH, hingga darinya aku sudah tak merasa apa-apa lagi..tiada kesan lagi.. ALLAH


DOA Sa'id bin 'Ubadah, sahabat Nabi Muhammad saw:
" Ya ALLAH, anugerahkanlah aku pujian, nama baik dan kejayaan,
ya ALLAH, tiada kejayaan tanpa karya, dan tiada karya tanpa kekayaan,
Anugerahkanlah aku kekayaan yang dapat membawa kepada pencapaian nama baik dan kejayaan."


wallahuta'ala'alam.

Wednesday, December 2, 2009

Allahu Ya Qabidh

AL-QABIDH
~ YANG MAHA MENYEMPIT

Saat ini ikhwah akhowat ku mari sama2 kita bertahmid… memuja memuji Allah yang padaNya sanya berhak IA mendapat pujian… ALHAMDULILLAH.

Allah itu AL-Qabidh.
“…dan Dia telah menciptakan segala sesuatu dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.” –Surah Furqan , ayat 2.

Al-Qabidh itu kata akarnya bermakna ‘sesuatu yang diambil’ dan ‘keadaan terhimpun pada sesuatu’. Daripada sinilah lahir perkataan yang memberi makna menahan, menggenggam, menghalang, kedekut dan menyempitkan.

AllahulQabidh, mempunyai hak bagi menahan atau menggenggam, menghalang dan menyempitkan rezeki seseorang apabila pada pandangan Allah hak itu memang patut dilakukannya. Selain itu, Allah juga berhak memendekkan umur, kuasa, nama baik dan sebagainya daripada hambaNya. Sudah tentu, tindakan itu hanya Allah yang tahu kerana semua hambaNya berada dalam pengawasan dan genggangamanNya…

Apa saja yang sudah terjadi adalah keputusan Allah…yang pada hakikatnya segala itu punya kebaikan buat manusia.

Dengan menyedari Allah itu berkuasa menyempitkan dan menangguhkan sesuatu bagi hambaNya, ia dapat mendorong kita supaya lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Seseorang perlu lebih berwaspada apabila dia diamanahkan dengan jawatan presiden, menteri, pengarah… ulama’, amir, amirah, ustaz, ustazah, imam, ketua persatuan atau program dan hal seumpamanya…
Hal ini disebabkan , apabila Allah melihat ada yang tidak kena pada tingkah laku hambaNya, Dia bisa mengambil tindakan dengan 2 tujuan: menghukum ataupun memberi peringatan…Allah…

Apabila Allah menghukum, bermakna apa yang Allah taklifkan pada hambaNya telah disalahgunakan sehingga tiada tolak ansur lagi, menyebabkan hukuman diberikan sebagai pengajaran dan iktibar. Dalam sejarah, kita lihat ramai sekali pemimpin menjadi zalim dan menyalahguna kekuasaan yang ada… disebabkan kekuasaan, mereka sewenangnya membunuh rakyat tiada dosa, hidup dipenuhi darah dan ketakutan. Allah menjatuhkan hukuman berat kepada mereka. Bahkan, mereka dianggap pelaku jenayah yang mencabul hak manusia oleh generasi berikutnya.
Contohnya, kita ambil Firaun di Mesir seperti yang diceritakan dengan jelas oleh Allah dalam alQuranul kareem. Contoh lain yang lebih dekat zamannya dengan kita ialah Adolf Hitler dari Jerman, Benito Musolini dan Joseph Stalin dari bekas Kesatuan Soviet. Mereka ini adalah pemimipin yang terpengaruh dengan teori evolusi Darwin.
Juga yang jelas dan perlu jelas pada umat islam, seorang pemimpin yang pernah menjatuhkan islam dengan kekuasaan yang ada dan kepimpinannya yang ‘gila’ adalah Kamal atTartuk la’natullah.
Ada tika Allah menyempitkan, kerana mahu memperbaiki tingkah hambaNya. Allah Maha Mengetahui bahwa yang dilakukan hambaNya itu adalah khilaf. Allah tidak serta merta menghukum hambaNya tanpa didahului dengan peringatan yang pelbagai bentuk. Sehinggakan bagi mereka yang faham, mereka segera sedar apa yang sedang mereka lalui adalah teguran yang halus daripada Allah.

“Sama sahaja bagi mereka sama ada kamu memberi peringatan kepada mereka ataupun kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.” [Yasin;10.]

Oleh itu, ikhwah akhowat, marilah kita sentiasa bermohon kepada Allah, sebagaiman dalam [surah as-Syuara’; 83];
“Rabbi habli hukman” (Tuhanku, berikan ku kefahaman), supaya kita dapat menangkap apa sahaja bentuk peringatan yang datang kepada kita.

Syeikh ahmad athailllah, menasihatkan kita, “Janganlah hairan apabila terjadi hal-hal sukar selama kamu berada di dunia ini. Sesungguhnya, dunia itu tidak dilahirkan melainkan sudah menjadi hak sifatnya dan ditetapkan sifatnya.”

Muslimin, muslimat yang dimuliakan Allah swt,
Mungkin ada yang tidak bersetuju kerana jika begitu untuk apa kita hidup kalau hanya mengalami masalah dan kesukaran? Di sinilah silapnya kita apabila berfikir. Belum ujian dating kita sudah hilang keyakinan bagi menhadapi ujian ini. Sepatutnya kita mengerah fikian, tenaga dan masa bagi mengahadapi ujian sehingga kita dapat melihat bagaiman hasil akhirnya.

Menurut Fethullah Gulen dari Turki; ujian adalah proses bagi menentukan nilai kita, untuk mengetahui apakah kita ini besi atau emas. Kita diuji dalam apa yang kita perjuangkan. Suatu har, kita akan masuk ke naugan Allah dan mempertanggungjawabkan diiri kira sendiri, “Dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka pada apa yang dahulu mereka lakukan.” [Yasin: 65]


SUmber Redha

“Ketika aku menemui kehidupan (duniawi), ku temui akhir kehidupan adalah kematian.” [as-Syahrastani]

Ya ALLAH, Ya Qabidh,
Akulah pencinta yang menderita, wahai Kekasih,
Ku tidak akan meninggalkanMu
Walaupun Kau belah dadaku dengan belati,
Ku takkan meninggalkanMu
Walaupun mereka memotongku seperti mereka memotong Zakaria
Letakkan gergajimu di kepalaku oh penebang
Ku takkan meninggalkanMu
Walaupun mereka membakar menjadi debu dan meniup debuku
Mereka akan mendengar debuku mengeluh;
Wahai penutup(dosa2)
Aku tidak akan meninggalkanMu…
[Nasimi]


~ bila rasa disakiti oleh orang lain, bacalah alQabidh sebanyak 100kali. Biiznillah, yakini ntum akan tehindar daripada ancaman mereka.
[khasiat asma’ul husna]


:: Ya Allah, Kau Maha Mengetahui setiap segala yang berlaku dunia akhirat, di langit dan bumi serta seisinya... lalu apa yang menyebabkan aku boleh berduka lagi dengan aturanMU.. iziniku lalui kehidupan ini dalam redhaMU ya Allah...
Kau mampu menghina dan memuliakan sesiapa yang Kau mahu..
Allah...

Wednesday, November 11, 2009

Ibrah dari Bahtera Kehidupan [ iv ]

Bismillah walhamdulillah..
saat ini banyak kerja yang menunggu untuk dibereskan
bila disenaraikan...aku rasa dah nak rebeh bahu. . .Allah al'alim
alhamdulillah pagi tadi selesai lagi paper.menghadapi paper yang akan datang membuatkan aku debor sangat2, sebab sungguh2 aku bimbang kejadian lepas berulang lagi..oleh tu saja, lepas habis satu paper, hanya aku mampu bersandar, menyebut 'alhamdulillah'... dan meraut muka...hanya dengan rahmatNya aku duduk di kerusi exam dan kertas exam dihantar. . .
results, aku tawakkal..
untuk study subjek esok pagi..ya Allah berikan ku kekuatan dan semangat lagi, yang tak luntur..

cuma dinihari, aku mengambil sedikit ruang waktu,
saat, wajah mak ayah datang... yang penuh mengharap..sedangkan apa yang mampu ku penuhi untuk tiap harapan indah itu..
"mi, ma terima surat..." satu petang saat aku kelam kabut nak hadiri satu jamuan, mak call.. aku dah terduduk. menanti suara mak yang ditutur menyentuh gegendang telinga buat jantung aku sungguh dengup laju..ma dah tahu??
hingga akhirnya perbualan, aku hanya mampu menahan sebak, mata dah bergenang, aku tak kuat..hati ku bergema melaung..ALLAH
kerana aku perlu ke jamuan, aku gagahkan membawa motor... ya Allah, hanya Kau tahu...



pada siapa aku nak meluah.. jika tidak hanya pada MU...
ya Allah, dunia kadang seperti berbalikan..aku tak punya lagi daya melangkah
menongkah arus yang bagai berbara..menyakitkan sangat

lalu, apa harus aku lakukan..
hanya husnuszon memenuhi
aku mohon ampun ya Allah
aku mohon Kau ampuni dosa kedua ibu bapaku..golongkan mereka dalam golongan hambaMu yang beriman, beramal soleh, dan tempatkan mereka di syurgaMU ya Allah..
Kau persaksikanlah, mereka dah banyak berkorban dan memudahkan untukku
jangan ya Allah, sampai aku melukakan hati mereka..
aku mohon bebenar ya Allah
pandulah perjalanan bahtera ku
agar ia tak hanyut..
izinkan aku mampu membalas jasa kedua ibu bapaku, menggembirakan mereka..
sekiranya aku tak mampu
jangan ya Allah hingga apa yang berlaku mengecewakan mereka..
melainkan Kau perkenankan hati mereka tenang dan redha dengannya..


'aina yang dah besar. . . (..macam2 perasaan datang)
ya Allah, kuatkan langkahanku
meniti hari-hari dengan taklif yang digalas
hanya dengan keyakinan pada janji-janjiMu
dan rahmatMu yang menyelubungi
aku masih mampu berdiri di sini
ya Allah, manusia tiada tahu akan keberatan ini
namun, Kau lebih dari mengetahui segalanya
Kau ciptakan kesedihan..Kau jua sediakan ubatnya
Kau ciptakan masalah bagi setiap hamba..pada Kau punya penyelesaiannya
yang masalah itu sebenarnya adalah yang terbaik buat hamba2Mu
oh, luasnya pengetahuanMu..
ya Allah,
ya Qabidh, ya Basith
yang Maha Menahan, Menyempitkan..
yang Maha Meluas, Melapangkan...
untuk diriku jua mereka yang tahu...;
bergantung haraplah hanya pada ALLAH saat ini dan selamanya
DIA Maha Mendengar saat yang lain ada atau tiada
suka atau sebaliknya, itu ketetapan ALLAH
bagi ilmu kita saja ia buruk, negatif, tapi bagi ALLAH ia saaaangat sempurna..
kerna masakan ALLAH berbuat suatu yang sia2?
tidak! itu tiada kena sifatnya ALLAH... ALLAH itu Maha Sempurna!!!
KAU MAHA HEBAT, YA ALLAH!!!

Wednesday, November 4, 2009

CoRetAn Al-Bayt [ ii ]

Bismillah walhamdulillah.

Masih Allah perjalankan kita dengan nikmat iman dan islam, meletakkan perjuangan di pundak... berentak hebat di persada dakwah, posisi mu dan posisiku

Sedikit perkongsian sebagai permulaan.. moga Allah memberkati semua. Mohonlah redha ALLAH selalu, dan selalu mengerjakan apa yang ALLAH redhai

siiru 'ala barakatillah..

“Masih ramai di kalangan kita yang masih tidak begitu memerhatikan saranan Rasulullah SAW agar si lelaki mengutamakan perempuan yang solehah dan si perempuan mengutamakan lelaki yang soleh dalam memilih pasangan. Barangkali kita lupa bahawa matlamat sebuah perkahwinan itu adalah untuk akhirat. Ingin mendapatkan kedamaian dalam rumahtangga, memberikan ketenangan dalam beribadat, memberi peringatan yang baik dalam melayari kehidupan, melahirkan zuriat yang soleh dan solehah dan sebagainya itu semuanya adalah untuk kepentingan dan maslahat akhirat.”
Kepada muslimin Rasulullah telah memberikan panduannya sebagaimana sabdanya:
“Perempuan itu dikahwini atas empat perkara, iaitu: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, atau kerana agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Untuk muslimat pula, Rasulullah telah memberikan dua syarat pilihan iaitu muslimin yang beragama dan berakhlak mulia. Rasulullah SAW bersabda : “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

Ya muslimat,

Ayuh, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu agama, ilmu rumahtangga, ilmu pendidik, ilmu hubungan kekeluargaan dan naluri keibuan kerana semua ilmu ini membantu perjuangan zauj kalian kelak, dan dapat mengemudi bahtera keluarga kalian ke arah keredhaan Allah.

Ya muslimin,Ingatlah pesan Nabi ALLAH saw...

“Rahsiakan niatmu hendak meminang. Ambillah air wudhu’ dengan cara yang sebaik-baiknya, kemudian solatlah sebagaimana yang diajarkan Allah Taala kepadamu. Pohonlah puji syukur kepada-Nya dan agungkanlah Dia, lalu ucapkankanlah: “Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak dan Engkau Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib. Jika Engkau memandang pada diri si fulanah –(sebutkan nama sebenarnya)– terdapat kebajikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah dia bagiku. Jika ada wanita lain yang Engkau pandang lebih baik bagiku takdirkanlah dia bagiku”

Editted.


(credit to: baytulmuslim.blogspot)

Sunday, November 1, 2009

Dedikasi * *

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt
Salam ketemu lagi buat semua pembaca yang sudi menyinggah di blog yang usang, tiada eksesori indah..cuma mampu berkata dengan taipan2 yang di update..
Masih tak mampu nak explore lebih..
"Hm, ada pembaca ke??"

Cuma kali ini juga dengan entry ringkas
untuk mengambil kesempatan dedikasikan doa buat teman-teman yang sedang dan akan menduduki final exam..
"Bittaufiq wannajah fil imtihan"

Kita sering dijamukan dengan periksa, ujian sedari ngaji time 5 tahun...masuk sek.red dan menengah lagi lah menimbun periksa...hingga ke universiti..tak terbilang dah den.
kalau dulu masa kecik2 debor perut sokmo setiap kali duk depan kertas soalan..boleh masuk dewan periksa pun kena tolak dek kawan2..kalau tak da orang tolak memang tak masuk dah kot dalam dewan tu...nak ceritanya, punyalah debar2 setiap kali mendengar 'Exam akan bermula'...

Masuk ke alam yang lebih mendewasakan... exam dah jadi biasa..sket
itulah sedikit resam exam dunia... belum cerita lagi bab exam akhirat.....???

Sesungguhnya, sangat indah jika kita mengambil semangat atau resam exam dunia seumpama persediaan kita melangkah langkah demi langkah ke alam yang abadi itu... Allah, bagaimana nasib kami.....

Teman-teman yang dikasihi kerana Allah, teman-teman yang telah mengucapkan bahawa hidupku dan matiku lillahirabbil'alamin...
Alam akhirat itu yang abadi..
Yang tempatnya antara ganjaran atau balasan yang perit dari Allah
Tiada tergambar indahnya tempat buat para solihin...raudhah jannah, sungai yang mengalir di bawahnya...
Tiada tertahan, sahabat akan kesakitan yang membahang..arghh pedih perit panasnya neraka ciptaanNya...penuh bau2an yang busuk lagi meloyakan...
Allah
Lalu siapa boleh memberi jaminan untuk kehidupan di sana..

Marilah saat ini
kita menyiap2kan diri untuk ke alam sana
Jika kita mampu untuk bersengkangan mata demi final exam
lakukan juga untuk menghadapi peperiksaan di sana
alam kubur.....Allah
lagi2 di hari pengadilan..
Lalu siapakah boleh memberi pertolongan dan syafaat di hari Kebangkitan
Hari pengadilan itu...
Ya Allah,
dengan rahmatMu berikanlah kejayaan, kebahgiaan kepada kami yang lemah ini di akhirat MU, jua izinkanlah kejayaan bagi kami di dunia dan dalam peperiksaan ini...mudahkan bagi kami ya Allah...

Semoga dengan kehadiran peperiksaan ini, jadi medan pentarbiyyah buat kita..
Medan kita menginjak lebih dekat dengan Allah
Medan kita berusaha plus tawakkal
Bila berjaya bersyukur dengan kurnia Allah
Bila kurang cemerlang yakini Allah lebih tahu yang terbaik buat kita
yang lebih penting kita mendekat dan lebih dekat dengan Nya...
Moga urusan semua dimudahkan

"Moga apa yang ku sampaikan selari dengan gerakkan ku jua."

"man jadda wa jadda, wa man jara'a hasoda."#